SEORANG doktor berusia 82 tahun dan anak perempuannya yang berusia 36 tahun, ditemukan mati di rumah mereka pada Ahad.Menurut pihak polis, kejadian disedari oleh seorang pesakit yang datang ke rumah dua beranak berkenaan untuk mendapatkan ubat. Pesakit tersebut menunggu sehingga 30 minit namun pintu tidak dibuka, menyebabkannya cuba mengintai ke dalam rumah sebelum ternampak jasad doktor tersebut dalam keadaan tergantung.Dia segera menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan berkenaan. Kes dilaporkan berlaku di Bhopal, India. Inspektor Polis, Avdhesh Singh Tomar berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati, terdapat sekeping nota dipercayai ditulis oleh mangsa yang 'mewasiatkan' agar mayat mereka didermakan kepada hospital untuk tujuan kajian perubatan.Selain itu dalam nota tersebut juga, mangsa meluahkan kesedihan akibat kehilangan isterinya empat tahun lalu.Anak perempuannya yang juga seorang doktor homeopati, dikatakan berdepan dengan kemurungan selepas kematian ibunya.Doktor berkenaan dilaporkan menggantung diri, namun kematian anak perempuannya masih belum dapat dipastikan, dengan pihak polis menunggu laporan bedah siasat. -Agensi