suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertekan bertengkar dengan ahli keluarga, wanita tolak anak kandung dari tingkat 4 bangunan

Bedah siasat perlu dilakukan bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun menjadi mangsa kejam ibu kandungnya apabila dia ditolak dari tingkat empat sebuah bangunan.

Kejadian tragis pada 15 Disember itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Berdasarkan kenyataan polis pada Selasa, suspek berusia 37 tahun pada awalnya bertengkar dengan ahli keluarganya sejak malam sebelum kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah syarikat swasta dipercayai mengalami gangguan emosi susulan pertengkaran berkenaan.

Susulan itu dia membawa anaknya ke tingkat empat bangunan dan menolak mangsa ke bawah.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hyderabad, India. -Agensi

Artikel Lain