RAKAMAN memaparkan seorang lelaki yang bertindak memaut papan tanda di sebuah hotel mencuri perhatian ramai, apabila dia dilihat hanya mengenakan seluar dalam jenis 'boxer'.
Memetik laporan media tempatan, lelaki tersebut didakwa cuba melarikan diri selepas perbuatan curangnya diketahui isteri.
Kejadian dilaporkan berlaku di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China.
Lelaki tersebut dikatakan memanjat dinding luar hotel sehingga berjaya memaut papan tanda pada bangunan berkenaan.
Insiden berkenaan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, dengan ramai berseloroh bahawa lelaki tersebut menjadi 'terkenal' dalam sekelip mata.
Sebahagian netizen berkata, menjalin hubungan sulit di hotel di bandar sebenarnya meningkatkan risiko untuk 'terkantoi'.
Malah, ada yang secara sinis menyarankan agar lelaki itu mempelajari kemahiran memanjat batuan (rock climbing) terlebih dahulu sebelum terlibat dalam hubungan terlarang. -Agensi


