suria

Pengetua didakwa bertindak kasar, malukan murid ketika perhimpunan... Ibu bapa buat laporan

Tindakan pengetua itu dirakam dan tersebar di media sosial.

TINDAKAN seorang pengetua yang didakwa menarik kolar dan menolak seorang murid lelaki hingga terjatuh ketika perhimpunan sekolah mencetuskan kemarahan ramai.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah menengah di İnegöl, Bursa, Turkiye, melibatkan seorang murid berusia 11 tahun yang sedang berbaris untuk upacara menaikkan bendera.

Menurut laporan, pengetua sekolah berkenaan memanggil murid tersebut ke tepi barisan kerana didakwa mengganggu barisan pelajar sebelum bertindak kasar dengan menarik kolar dan menolaknya.

Rakaman kejadian itu dirakam menggunakan telefon bimbit dan tersebar, memaparkan murid berkenaan terundur ke belakang sebelum terjatuh ke tanah.

Susulan kejadian itu, keluarga mangsa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa, sekali gus mencetuskan siasatan rasmi terhadap pengetua terbabit.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti tindakan selanjutnya berhubung insiden berkenaan. -Agensi

Artikel Lain