suria

Harga minyak diturun jika kadar dunia bawah AS104 setong Shahrir

KUALA LUMPUR: Harga minyak runcit tempatan hanya boleh diturunkan jika harga purata minyak mentah dunia pada bulan Oktober menurun ke AS$104 setong, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata hari ini.

"Ia bergantung kepada keadaan harga minyak di dunia. Trend penurunan harga kena berterusan dan putaranya mestilah di bawah AS$104 satu tong," katanya apabila ditanya sama ada kerajaan bercadang menurunkan lagi harga minyak runcit petrol," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di rumah terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Pada 24 September, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel diturunkan 10 sen, masingmasing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter berikutan penurunan harga minyak dunia.

"Jadi kalau harga purata pada bulan Oktober boleh turun di bawah US$104 setong, ini bermakna harga runcit boleh diturunkan lagi," kata Shahrir.

Mengenai khabar angin yang menyatakan stesenstesen minyak di sekitar ibu kota menghadapi kekurangan bekalan, beliau menjelaskan bahawa minyak yang dibekalkan adalah bergantung kepada pengusaha stesen.

"Minyak adalah barang kawalan. Jadi mereka (pengusaha stesen) kena berhatihati kalau menyatakan bahawa kekurangan minyak ataupun mereka tak dapat bekalan yang cukup.

"Nanti kita akan siasat siapa yang terlibat," kata Shahrir. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain