suria

Tukar atau beli kereta baru sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Sebelum tibanya hari raya, umat Islam di seluruh dunia pastinya akan melakukan pelbagai jenis persiapan dari baju raya, langsir baru, kuih raya dan ada juga yang ingin membeli atau menukar kereta baru.

Kereta persendirian, khasnya yang baru, menjadi pilihan ramai dalam pulang ke kampung untuk berhari raya.

Membeli kereta baru seolah-olah menjadi trend kepada orang ramai menjelang hari raya , namun di zaman serba serbi mahal dan naik harga ini kemungkinan pelan mereka terbantut atau menggunakan kereta yang sedia ada sahaja.

Seorang penjual kereta baru dan terpakai, Md Yazid Md Agil, 34, berkata, sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini, jualan kereta menjelang musim perayaan tidak seperti yang diharapkan.

"Tiada bezanya dengan harihari biasa. Jualan normal. Tidak meriah seperti empat atau lima tahun lalu di mana orang ramai sudah mula booking kereta awal atau ada sahaja permintaan untuk tukar atau beli kereta baru.

"Sekarang mereka sudah pandai merancang. Sediakan down payment besar dan tunggu harga kereta jatuh dahulu baru beli. Biasanya kereta kebangsan yang menjadi pilihan," katanya.

Sehingga akhir Julai, Perodua telah menjual 100,000 unit dan yakin dapat mencapai sasaran jualannya sebanyak 170,000 unit susulan daripada permintaan yang kian meningkat untuk kereta Viva dan Myvi. Namun, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam satu kenyataan barubaru ini menjangkakan jualan bulan September rendah selepas Ogos mencatatkan penurunan 12.5 peratus, atau 6,757 unit dijual kurang berbanding Julai tahun ini.

MAA berkata, antara faktor yang diambil kira dalam unjuran itu adalah kesan kadar faedah tinggi, pinjaman sewa beli yang diperketatkan, kesan kenaikan harga bahan api dan bulan bekerja yang singkat berikutan cuti Hari Raya.

Ia juga berkata faktor yang sama turut menyumbang kepada penurunan dalam jualan Ogos.

Seorang kakitangan kerajaan, Shamsuddin Baharom berkata, beliau merancang untuk membeli kereta beberapa bulan sebelum Hari Raya namun disebabkan kenaikan harga minyak, hasratnya terpaksa dinoktahkan untuk seketika.

"Bajet lari. Walaupun harga minyak sudah turun sedikit sekarang, tapi kesan jangka masa pendek dan panjang terasa. BERNAMA

FZL RV PR 02/10/2008 1202ST 02/10/1210MST

Artikel Berikut

Artikel Lain