suria

Agenda Ong Tee Keat Untuk Perubahan dilancar

ONG Tee Keat menunjukkan manifestonya, "Agenda for Change" pada majlis pelancaran manifesto itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA
ONG Tee Keat menunjukkan manifestonya,
ONG Tee Keat menunjukkan manifestonya, "Agenda for Change" pada majlis pelancaran manifesto itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Calon Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini memperkenalkan manifesto pilihan raya politiknya dengan menyasarkan kepada pembaharuan semula supaya anggota parti mampu menghadapi cabaran global dan tempatan.

Manifesto itu yang merangkumi dari mulanya penjenamaan semula sehinggalah kepada pembaharuan parti bertujuan membawa masyarakat Cina ke hadapan, dengan melakukan paradigma politik baru demi menanggani cabaran di dalam millenium baru.

Manifesto Menteri Pengangkutan yang bertemakan "Agenda Ong Tee Keat Untuk Perubahan" juga bertujuan menggalakkan penglibatan lebih demokratik dan terbuka di dalam pengundian presiden parti sekiranya beliau menang bulan depan.

Pengundian yang diamalkan sekarang untuk jawatan presiden dan jawatan lain di peringkat nasional adalah dihadkan menerusi perwakilan negeri.

"Dengan demikian, kedudukan presiden parti bukan sahaja mencerminkan aspirasi anggota, tetapi ia juga mengikut amalan penglibatan demokrasi yang boleh mempereratkan hubungan di kalangan anggota parti," kata Tee Keat semasa pelancaran laman blognya di Wisma MCA, di sini www.ongteekeat.net yang disiarkan secara langsung.

Tee Keat dicabar oleh bekas Naib Presiden Datuk Chua Jui Meng untuk jawatan presiden apabila penyandangnya Datuk Seri Ong Ka Ting memutuskan untuk tidak mahu dicalon semula.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Setiausaha Agong MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai; Setiausaha Agong Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong; Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang dikatakan menyebelahi pasukan Tee Keat yang turut diperkenan oleh Ka Ting.

Ketika ditanya mengenai kehadiran mereka pada sidang akhbar di situ, Tee Keat yang dikenali sebagai "lone ranger" bersendirian, enggan memberi sebarang komitmen sambil menambah kata bahawa beliau lebih suka kepada kenyataan terkenalnya: "Saya tidak ada pasukan".

Sementara itu, ditanya untuk mengulas manifesto Chua pula yang menyeru agar Kerajaan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), tetapi mengekalkan usaha membasmi kemiskinan, Tee Keat berkata, itu bukan isu lagi kerana dasar itu itu sudah pun terhapus sejak 1990-an.

"Mengenai pembasmian kemiskinan pula, komponen itu sentiasa diserap di dalam dasardasar negara yang dilaksanakan Kerajaan," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Aidilfitri disambut Rabu ini

Artikel Lain