suria

Tak sangka rappers Indonesia Mukarakat juga minat K-Clique - “Kami teringin jumpa mereka, tukar idea”

KUMPULAN rap terkenal Indonesia, Mukarakat memasang niat untuk berkolaborasi bersama rappers popular Malaysia, K-Clique.

Hasrat itu terdorong selepas para peminat kedua-dua kumpulan itu mula membandingkan lagu-lagu nyanyian mereka.

“Kami rasa selesa selepas peminat membandingkan Mukarakat dengan K-Clique yang terbukti hebat di Malaysia.

“Memang kami teringin untuk bertemu K-Clique malah mungkin boleh berbincang untuk menghasilkan lagu bersama-sama,” kata Mukarakat kepada mStar.

Mukarakat yang dianggotai Lipooz, Achy, Dirty Razkal, Dflow, dan DJ GeraMar berasal dari Indonesia Timur dan kini berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan satu persembahan.

mukarakat, kclique


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi