suria

Bekas banduan dalam kumpulan Outbreak? - “Kami nakal tapi bukan sampai jadi penjenayah”

BOYBAND Outbreak menegaskan tiada seorang pun antara lima ahli kumpulan mereka merupakan bekas banduan seperti yang didakwa pengguna laman sosial.

Enggan melatah dengan tuduhan itu, Outbreak yang dianggotai Zaim, Hakeem, Zareef, Shakirin, dan Allif berpendapat individu terbabit sekadar mahukan tumpuan selain mungkin mempunyai niat tertentu.

“Ada seorang individu tak dikenali melemparkan tuduhan bahawa salah seorang daripada ahli kami merupakan bekas banduan, mana mungkin perkara itu terjadi. Walaupun kami baharu mengenali antara satu sama lain sekitar tiga tahun, tapi kenal latar belakang masing-masing.

“Kami hanya mampu ketawa apabila difitnah sebegitu rupa. Memang ada yang nakal namun tidaklah sampai pernah dipenjarakan,” kata Outbreak kepada mStar.

outbreak


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi