suria

Jodoh Syaitan filem komedi seram yang bukan biasa-biasa! - “Lawak mereka tak macam di TV”

PEMERGIAN Allahyarham Abam Bocey pada 10 Februari lalu sangat dirasai oleh ramai pihak termasuk pelakon dan krew produksi filem Jodoh Syaitan.

Filem Jodoh Syaitan yang bakal berada di pawagam bermula 5 Mac ini merupakan filem terakhir lakonan Abam.

Bagi pelakon Jay Iswazir, dia bersyukur dapat disatukan dengan Abam untuk filem komedi pertamanya dan menyifatkan Allahyarham banyak mengajarnya erti kehidupan.

“Saya dipertemukan Allah untuk mengenal lagi erti kehidupan, kita tengok Abam tu happy go lucky.

“Mengenalinya membuatkan saya rasa disayangi... saya rasa dia seperti abang walaupun lagi muda daripada saya," ujarnya kepada mStar.

Filem Jodoh Syaitan arahan pengarah terkenal Ismail Bob Hashim ini turut dibintangi Sofi Jikan, Aprena Manrose, Fauziah Nawi dan Kamarool Yusoff.

Jodoh Syaitan, Abam


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi