suria

Bakal isteri 'sporting', tak banyak bunyi - Tajul

PENYANYI Tajul memberitahu bakal isterinya itu merupakan seorang yang sangat memahami mengenai kerjaya seninya.

Menurut Tajul, gadis berusia 23 tahun itu terbuka mengenai banyak perkara dan tidak pernah mengganggunya dalam mengembangkan karier nyanyian.

"Dia tak banyak bunyi, sporting. Sebab itu saya selesa berkawan dengannya.

"Kami dah kenal lama sejak zaman sekolah lagi dan dia tidak pernah ganggu karier seni saya.

"Ikut saya ke program hiburan pun tak pernah," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan memaklumkan mengenai majlis perkahwinan mereka apabila tiba waktunya.

"Nanti kalau saya dah nak kahwin saya bagitahu.

"Ada rezeki lebih, saya akan ajak semua datang ke majlis kami nanti," katanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video menyaksikan dia membeli pakaian hari raya dengan mendakwa wanita di sebelah ialah isterinya dan kenyataan itu mengundang persoalan ramai mengenai status sebenar Tajul.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Tajul


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi