suria

Azlan (Typewriter) tengah kumpul stamina, pasang cita-cita buat ‘come back’ dengan Meet Uncle Hussain - “Tapi kena ‘betulkan’ fizikal dulu”

PENYANYI Azlan & The Typewriter berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali beraksi bersama kumpulan lamanya iaitu Meet Uncle Hussain menerusi projek khas pada tahun ini.

Azlan atau Nor Azlan Rosle, 38, bagaimanapun berkata semuanya bergantung kepada tahap kecergasannya.

“Kalau nak diikutkan saya mungkin bersedia untuk kembali berada satu pentas bersama Meet Uncle Hussain, tapi tengok kepada tahap kecergasan saya untuk beraksi. Saya takut kalau kami muncul dengan keadaan saya yang sebegini ia akan mengecewakan peminat.

“Saya sedar ada beberapa band yang terkenal pada awal 2000 antaranya My Chemical Romance kembali melepaskan rindu kepada peminat, namun pelbagai aspek perlu diambil kira,” kata Lan kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi