suria

Mendaki tengok matahari terbenam, pasangan kekasih cabut lari ‘ditegur’ pocong berwajah buruk

Aktiviti pendakian tidak sesuai dilakukan pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan anak muda, cuti Sabtu dan Ahad kebiasaannya akan dimaanfaatkan untuk aktiviti 'healing' yang menenangkan minda.

Begitu juga dengan pasangan kekasih Adi dan Emilia (bukan nama sebenar) yang cukup menggemari aktiviti outdoor.

Sekitar awal Januari lalu, mereka memutuskan untuk mendaki sebuah bukit di Selangor yang terkenal dengan pemandangan matahari terbenam.

Adi dan Emilia teringin untuk berkunjung ke bukit yang tular itu selepas melihat geng pendaki berkongsi video pendakian mereka.

Walaupun pernah timbul cerita seram tentang bukit itu, mereka tetap mahu pergi kerana beranggapan semua itu hanyalah mitos.

Perjalanan pada hari itu agak lancar memandangkan Adi dan Emilia sudah kerap mendaki dan berkhemah di dalam hutan,

Selepas selesai membuat rakaman video 'timelapse' matahari terbenam, pasangan itu mula bergerak turun kira-kira pukul 7.20 malam.

Namun, tidak sampai dua minit berjalan, Emilia sudah mula rasa sesuatu yang tidak kena, seolah-olah ada mata sedang memerhati di sebalik semak.

Aktiviti hiking semakin popular dalam kalangan anak muda. -Gambar hiasan AI

Adi cuba menenangkan Emilia, tapi jantungnya sendiri mula berdegup laju apabila terdengar bunyi pelik dari arah belakang.

Ketika itu hanya mereka berdua yang ada memandangkan pendaki lain sudah turun lebih awal lagi.

Mereka berhenti dan menoleh serentak, tapi jalan di belakang kelihatan kosong, cuma dedaunan bergoyang perlahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam muka arwah!” - Jururawat menjerit dalam tandas wad, nampak kelibat makhluk lidah terjelir mirip pesakit baru meninggal

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa nampak Myvi tanpa pemandu di laluan Gerik-Jeli, bagi 'signal' nak masuk hutan

Ketika mereka menyambung langkah, bunyi itu datang lagi, namun kali ini diiringi dengan bunyi melompat perlahan.

Emilia menggenggam tangan Adi erat, dan tanpa sepatah kata, mereka mempercepatkan langkah sambil cuba menenangkan diri.

Tapi fikiran waras mereka musnah apabila terlihat sosok putih berdiri kaku di bawah pokok.

Lebih menyeramkan, tubuh makhluk itu dilihat terikat dari kepala ke kaki dengan wajah yang berdarah.

“Adi… itu pocong!” ujar Emilia dengan suara bergetar sebelum Adi menarik tangannya dan mereka berlari tanpa menoleh lagi.

Beberapa kali Emilia hampir tersadung akar pokok, namun Adi tidak melepaskan tangannya ketika mereka meneruskan larian.

Akhirnya mereka berjaya sampai ke tempat letak kereta dan terus memandu ke sebuah restoran berdekatan untuk bertenang.

Sejak kejadian itu, mereka lebih berhati-hati dan cuba mengelak untuk melakukan aktiviti outdoor pada waktu senja.

Artikel Lain