suria

“Macam muka arwah!” - Jururawat menjerit dalam tandas wad, nampak kelibat makhluk lidah terjelir mirip pesakit baru meninggal

Hospital dianggap tempat yang 'keras' kerana ia menjadi lokasi terakhir pesakit sebelum meninggal dunia.-Gambar hiasan AI

BAGI petugas kesihatan seperti jururawat, bekerja pada waktu malam bukanlah satu perkara yang pelik.

Malah ada segelintir jururawat yang suka bekerja pada waktu malam kerana suasananya lebih tenang berbanding di siang hari.

Bagi Syira (bukan nama sebenar), dia juga suka bekerja waktu malam kerana kebanyakan pesakit hanya akan berehat dan tidur.

Namun, berlaku satu kejadian sekitar hujung tahun 2023 yang menyebabkan dia trauma untuk bekerja.

Pada malam itu, suasana wad agak sunyi memandangkan ramai pesakit sudah melelapkan mata selepas diberi makan malam.

Yang kedengaran hanyalah suara Syira dan rakan setugasnya yang sedang rancak berborak.

Sekitar pukul 1 pagi, Syira berjalan melalui barisan katil pesakit untuk pergi ke tandas yang terletak di hujung wad.

Seperti kebanyakan tempat lain, terdapat sebuah cermin besar yang diletakkan di dalam tandas itu.

Ada pesakit sanggup menahan kencing sehingga esok pagi kerana takut untuk menggunakan tandas hospital pada waktu malam. -Gambar hiasan AI

Selepas selesai membuang air kecil, Syira membuka pintu tandas seperti biasa.

Namun, jantungnya hampir luruh apabila dia melihat kelibat aneh yang terpantul pada cermin.

Makhluk lidah panjang itu kelihatan berada betul-betul di belakang Syira.

Syira yang menjerit ketakutan sempat menoleh ke belakang, namun dia tidak melihat apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa nampak Myvi tanpa pemandu di laluan Gerik-Jeli, bagi 'signal' nak masuk hutan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu rasa terlanggar objek merangkak atas jalan, berhenti periksa tapi tiada apa… Rupanya ada ‘sesuatu’ tumpang balik rumah!

Syira terus berlari keluar sambil menangis sehingga disedari beberapa pesakit lain.

Syira menangis teresak-esak, namun dia sedikit tenang apabila berada di sisi rakan sekerjanya.

Selepas beberapa minit, barulah dia berani untuk menceritakan apa yang berlaku.

"Aku nampak 'orang' lidah terjelir dalam tandas. Nampak dalam cermin je, tapi tak ada pun," ujarnya cemas.

Lebih menakutkan, Syira berkata wajah makhluk itu kelihatan seperti seorang pesakit yang baru meninggal beberapa hari sebelumnya.

"Kau yakin ke muka 'dia' sama dengan arwah?" soal Nazirah yang cuba mendapatkan kepastian.

"Aku nampak sekilas je, tapi macam muka arwah," jawab Syira pula.

Disebabkan kejadian itu, Syira yang agak lemah dibenarkan pulang selepas dia dijemput suaminya.

Malah, dia juga demam dua hari sehingga terpaksa berjumpa seorang perawat bagi memulihkan semangat.

Artikel Lain