TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Begitulah kisah Rahim (bukan nama sebenar) yang terkena gangguan gara-gara mulutnya yang celupar.
Rahim, 35, sudah hampir empat tahun menjadi pemandu van jenazah.
Sifatnya kelakar dan mudah mesra, tapi ada satu kelemahan iaitu mulutnya kadang-kadang sukar dikawal daripada mengeluarkan kata-kata tak sepatutnya.
Pada suatu hari, dia ditugaskan mengambil jenazah lelaki dari sebuah hospital untuk dihantar ke kediaman keluarganya.
Sepanjang perjalanan, bau busuk mengisi ruang van walaupun mayat sudah dikafan dan disimpan kemas.
"Busuklah, tak mandi ke masa hidup?” Rahim bersungut sambil membuka tingkap van.
Zamri yang duduk di sebelahnya menegur Rahim yang mengeluarkan kata-kata rungutan sebegitu.
"Jangan cakap macam tu, Rahim. Mulut kau tu," tegur Zamri sambil menggeleng kepala.
Badi mayat boleh berlaku selepas seseorang pulang daripada menziarahi kematian. -Gambar hiasan AI
"Alah, dah mati. Bukan dia dengar pun," balas Rahim dalam nada ketawa.
Selepas selesai menghantar jenazah, Rahim terus pulang ke rumah dan dia tertidur kepenatan tanpa sempat membersihkan diri.
Sekitar pukul 4 pagi, dia terjaga kerana mendengar bunyi seperti ada 'benda' melompat di atas lantai kayu rumahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa nampak Myvi tanpa pemandu di laluan Gerik-Jeli, bagi 'signal' nak masuk hutan
ARTIKEL BERKAITAN: Mendaki tengok matahari terbenam, pasangan kekasih cabut lari ‘ditegur’ pocong berwajah buruk
Rahim turut terhidu bau busuk sebelum dia dikejutkan dengan lembaga berbungkus yang melompat-lompat di sudut biliknya.
Rahim cuba membaca ayat suci al-Quran, tapi lidahnya kelu.
Dia hanya mampu menangis di dalam selimut sambil berdoa agar gangguan itu berhenti dan lembaga berlalu pergi.
Ketika azan Subuh berkumandang, Rahim tersedar dari tidur dalam keadaan basah peluh dan baju penuh kesan tanah.
Sejak malam itu, Rahim tidak berani bercakap sembarangan tentang jenazah.
Namun kadang-kadang, ketika sedang memandu van jenazah seorang diri, Rahim masih terhidu bau yang sama walaupun tiada mayat dibawa.
Rahim tahu, badi itu tak hilang sepenuhnya.
Dia hanya mampu berharap, arwah yang datang malam itu sudah pun memaafkan dirinya.