suria

Ali Puteh selesai bayar hutang, tunjuk 27 keping resit bukti deposit wang ke akaun Hidayah

Ali tamatkan isu hutang dengan Hidayah.

PELAWAK Ali Puteh akhirnya selesai membayar hutang kepada balu Allahyarham Abam iaitu Hidayah Hamzah berjumlah RM72,490 selepas timbul beberapa pertikaian sebelum ini.

Wang tersebut didepositkan ke dalam akaun milik Hidayah selepas pihak Ali mendapat maklumat perbankan kakak iparnya itu bagi tujuan pembayaran.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, memberitahu dia memasukkan wang tersebut menerusi mesin deposit tunai.

ali puteh 2

Ali tunjuk bukti pembayaran.

"Hari ini (Sabtu) saya sudah selesaikan apa yang tertunggak. Saya baru balik dari bank. Hari ini baru ada kelapangan.

"Bank tutup pula jadi terpaksa guna CDM (cash deposit machine)," katanya.

Ali memuat naik video menerangkan perkara tersebut di laman TikTok miliknya pada Sabtu berserta 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Hidayah pula tak puas hati... Dakwa Ali Puteh terjah bawa bodyguard, hutang belum selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam bagi penjelasan, rupanya ini sebab Hidayah tolak wang tunai dibawa Ali Puteh

Menurutnya lagi jumlah tersebut juga telah ditolak sebanyak RM3,000 daripada tuntutan asal kerana Hidayah juga ada berhutang dengannya.

Dalam masa sama, Ali berharap tiada lagi isu berbangkit berkaitan tuntutan hutang seperti yang sering diperkatakan sebelum ini.

"Balu (Hidayah) juga ada sangkut hutang dengan saya RM3,000. Peguam kata kontrakan sahaja dengan jumlah wang ini. Jadi saya bayar RM72,490.

Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua

ALI PUTEH

PELAWAK

"Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja," ujarnya.

Pada 20 Februari lalu, Ali hadir ke rumah Hidayah bagi menyerahkan hutang sebanyak RM75,000 kepada Hidayah.

Bagaimanapun wanita berkenaan enggan menerima secara tunai dan meminta Ali membawa wang tersebut ke pejabat peguam atau dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

ali puteh 3

Ali ketika hadir ke rumah Hidayah pada 20 Februari lalu.

Wang itu merupakan tuntutan selepas Ali kalah dalam saman fitnah terhadap Hidayah seperti mana ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2022.

Dalam masa sama Ali juga melihat kemelut yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran buat dirinya dan kini dia mahu lebih memberi tumpuan kepada urusan perniagaan.

"Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua.

"Selepas ini fokus kacau sambal," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain