“Saya sudah berkahwin, isteri kini hamil lapan bulan” - Dua tahun Tajul sorok perkahwinan, bimbang peminat lari - Sensasi | mStar

“Saya sudah berkahwin, isteri kini hamil lapan bulan” - Dua tahun Tajul sorok perkahwinan, bimbang peminat lari

Tajul akhirnya tampil membuat pengakuan mengenai status perkahwinanya.

STATUS perkahwinan Tajul Ariff akhirnya terjawab apabila penyanyi itu tampil membuat pengakuan dia sudah berkahwin dengan isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, pada 10 Disember 2017.

Menurut Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, antara sebab utama dia merahsiakan perkara itu kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam industri seni selain enggan mencampurkan urusan peribadi dengan kerjayanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri Tajul mengandung ke?” - Tajul Ariff tiada niat sorok status perkahwinan, bakal adakan sidang media beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia dah sedia nak kahwin” - Tajul komen status wanita misteri bersamanya

“Ya, memang betul saya sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.

“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya diganggu dan tak nak netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni saya.

“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.

Pembaca mStar sebelum ini menghantar sekeping foto meminta penjelasan mengenai status Tajul.

Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” kata Tajul kepada mStar.

Sebelum ini, teka-teki mengenai status Tajul sudah berkahwin atau belum masih menjadi tanda tanya apabila penyanyi itu tetap dengan pendiriannya memilih untuk mengunci mulut.

Pada Isnin lalu, seorang pembaca mStar menghantar sekeping foto dan meminta penjelasan mengenai wanita yang didakwa isteri kepada penyanyi itu kini sedang hamil.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ibu ini turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata pertama mereka pada hujung November depan.

Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya tengah bina nama, jadi takut hilang peminat.

Tajul Ariff

Penyanyi

“Memang betul isteri saya sedang mengandung dan kandungannya kini sudah memasuki lapan bulan. Dia dijangka akan melahirkan bayi sulung kami pada hujung November depan.

“Saya berharap semua peminat dapat mendoakan yang baik-baik untuk saya, isteri dan bayi kami yang bakal lahir. Saya mohon maaf kepada peminat, sejujurnya saya tiada niat untuk menipu anda semua,” ujarnya.

Pada Jun tahun lalu, kecoh di laman sosial apabila Tajul dikatakan mengaku secara terbuka bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Nurul Syamieza Eddie.

Bagaimanapun, Tajul menafikan perkara tersebut dan berharap peminat tidak salah faham dengan kenyataan yang dikeluarkan tanpa sengaja.

Tajul , kahwin

Artikel Lain