Haneesya Hanee dihina umpama bab* ibu tak kisah... Kali ini buat report polis akibat diugut, tiada kaitan kulit gelap - Sensasi | mStar

Haneesya Hanee dihina umpama bab* ibu tak kisah... Kali ini buat report polis akibat diugut, tiada kaitan kulit gelap

Ibu Haneesya bertindak mengoyakkan laporan polis yang telah dibuat terhadap tiga akaun laman sosial yang mengugut dan menghina anaknya.

IBU kepada pelakon Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda menjelaskan, laporan polis yang dibuatnya terhadap tiga akaun laman sosial tiada kaitan dengan isu kulit gelap anaknya seperti yang didakwa segelintir pihak.

Nor Sakuraneeda berkata, laporan tersebut dibuat atas sebab dia menerima mesej berbaur ugutan, penggunaan foto Haneesya tanpa izin dengan niat untuk mengaibkan dan menghina tempat tinggal mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak pernah terfikir nak report polis” - Black Hanifah nasihat Haneesya jangan cepat melatah, jadikan 'hitam' sebagai senjata

"Saya buat laporan supaya tidak ada lagi fitnah. Laporan ini juga tidak ada kaitan dengan isu kulit gelap. Satu akaun saya buat di Facebook saya berkenaan mesej berbaur ugutan.

Haneesya memuat naik video penjelasan tujuan sebenar ibunya membuat laporan polis.

"Dua akaun lagi di laman sosial Haneesya. Akaun itu mengambil gambar tanpa izin untuk mengaibkan Haneesya. Lagi satu, individu ini mengaitkan Hajarul Aswad dan menghina tempat tinggal kami.

"Tak ada isu kulit gelap. Selama ini anda semua bersuara bukan saja berkaitan kulit gelap tapi anda hina dia, anda panggil dia binatang dan bab*, saya tak buat apa pun," katanya.

Nor Sakuraneeda membuat penjelasan itu menerusi video yang dimuat naik anaknya di Twitter selepas kenyataannya sebelum ini disalahertikan beberapa pihak.

Sebelum ini, Haneesya menuntut beberapa individu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan dan komen menghina warna kulitnya.

Teruskan menghina kami dan terus menghina anak yang saya lahirkan. Kepada anda yang menyokong kami, saya menjemput anda datang ke PPR Pudu untuk doa selamat dan kempen say no to bully and cyberbully.

NOR SAKURANEEDA

IBU HANEESYA HANEE

Dalam pada itu, Nor Sakuraneeda memberitahu dia tidak pernah mengambil sebarang tindakan sebelum ini namun apa yang dilakukannya kini hanya untuk anaknya.

Bagaimanapun, dia bertindak mengoyakkan laporan polis itu dan mengajak orang ramai yang menyokong mereka untuk hadir ke majlis doa selamat serta kempen anti buli yang diadakan di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Pudu, Kuala Lumpur pada 12 Oktober ini.

"Saya menasihati anak saya, kami sama-sama bangun dan hadapi benda ini. Tak pernah ambil sebarang tindakan. Tapi sebagai seorang ibu, saya ambil tindakan bersuara untuk anak saya tapi saya dipijak.

Haneesya Hanee.

"Saya merayu pada salah satu portal tapi tidak diendahkan. Saya jaga anak saya selama 19 tahun tanpa bantuan orang lain. Saya tak perlukan benda ini (laporan polis).

"Teruskan menghina kami dan terus menghina anak yang saya lahirkan. Kepada anda yang menyokong kami, saya menjemput anda datang ke PPR Pudu untuk doa selamat dan kempen say no to bully and cyberbully," ujarnya.

Haneesya sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila video dia sedang berparti di kelab malam tersebar sehingga kemenangannya sebagai juara Dewi Remaja 2018/2019 ditarik semula.

Dia juga dipilih sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32 (ABPBH32) pada 22 September lalu.

Haneesya Hanee

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain