Buang foto bersama suami, perkahwinan keempat Natasha Hudson musnah? - “Saya sudah lakukannya dan sangat gembira sekarang!” - Sensasi | mStar

Buang foto bersama suami, perkahwinan keempat Natasha Hudson musnah? - “Saya sudah lakukannya dan sangat gembira sekarang!”

Netizen mula membuat spekulasi mengenai status rumah tangga Natasha dan suaminya apabila pelakon itu membuang foto mereka bersama di laman sosial.

STATUS rumah tangga Natasha Hudson dan suami, Noor Nashriq Sekarnor mula menjadi tanda tanya apabila pelakon itu sudah memadam foto-foto bersama lelaki itu di laman sosialnya.

Natasha, 36, menerusi Instagram memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan ahli perniagaan dari Kelantan itu sudah berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengapa bazir wang beli tuala wanita?” - Natasha Hudson 'promote' pakai cawan haid

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai?” - Natasha Hudson dapat kebenaran suami buka purdah

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson nikah kali ke-4, kini isteri usahawan Kelantan

Menerusi Instastory pada Sabtu, Natasha menjawab pertanyaan daripada rakan wanitanya mengenai cara untuk berhadapan dengan masalah melibatkan suami berlaku curang.

Natasha seakan memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.

"Saya terima banyak soalan mengenai perkara ini daripada rakan. Soalannya, bagaimana jika suami saya sudah tidak mencintai saya, berlaku curang, mendera mental saya dan perkahwinan ini sudah runtuh.

"Jawapan saya, lari, keluar dari situasi itu dan tinggalkan (sebab saya sudah lakukannya) dan saya sangat gembira sekarang. Jangan bazirkan masa yang sangat bermakna, tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi masa anda.

"Senang. Teruskan hidup dan jangan hidup dengan kritikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi di sebalik pintu tertutup. Ini adalah kehidupan anda bukan mereka," tulisnya.

Bagaimanapun sehingga kini, Natasha masih tidak memberi sebarang kenyataan atau mengesahkan status sebenar rumah tangganya.

Dalam pada itu, Natasha pernah memuat naik status di Instagramnya memberitahu dia enggan menjalani kehidupan dalam keadaan bersedih.

Sesiapa yang kenal saya tahu yang saya seorang penuh dengan emosi, penghibur, sukakan cabaran dan saya sentiasa mahukan kebahagian.

NATASHA HUDSON

Pelakon

"Saya percaya ini adalah masa yang tepat. Saya tidak dilahirkan untuk dapatkan sesuatu yang kekal seperti yang saya mahu. Mungkin bukan sekarang. Saya bukan awak.

"Mungkin nanti dengan orang yang tepat atau di kehidupan lain. Saya tiada masa untuk bersedih. Saya hanya ada masa untuk kongsi kegembiraan kepada orang di keliling saya.

"Sesiapa yang kenal saya tahu yang saya seorang penuh dengan emosi, penghibur, sukakan cabaran dan saya sentiasa mahukan kebahagian. Saya hanya berdoa yang terbaik untuk diri saya dan anda," katanya.

Natasha dan Noor Nashriq mendirikan rumah tangga pada 7 Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat buatnya.

Natasha mempunyai tiga orang anak perempuan.

Pada Oktober tahun lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui dia sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan itu bertahan selama dua tahun.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.

Natasha Hudson

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain