suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai?” - Natasha Hudson dapat kebenaran suami buka purdah

Natasha minta netizen tidak menilai dirinya menerusi pemakaian.

PELAKON Natasha Hudson menjelaskan dia membuka niqab atau purdah selepas mendapat keizinan suaminya iaitu Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha, 36, yang berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kelantan pada 8 Disember 2018 itu meminta netizen tidak membuat penilaian terhadapnya berdasarkan pemakaian tersebut.

"Masyarakat menghakimi saya melalui niqab atau tidak. Saya akan memakainya bila saya rasa perlu.

"Apa yang saya buat ini adalah atas keizinan suami bukannya keizinan anda. Jadi fikirlah, bukan anda yang berdepan dengan kesannya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Natasha Hudson nikah kali ke-4, kini isteri usahawan Kelantan

Penjelasan Natasha tentang keputusannya membuka niqab.

Pada pagi Khamis, Natasha memuat naik foto dan memberitahu dia tidak lagi menggunakan niqab selepas berkahwin.

Pelakon drama Puisi Indah Si Pari-Pari itu, mula memakai niqab sekitar tahun 2016.

Dalam pada itu, tambah Natasha, tiada siapa yang berhak menilai seseorang melalui pakaian kecuali tuhan.

Dia juga meminta orang ramai tidak mengajarnya tentang agama, berikutan dia juga mempunyai sumber rujukan dalam hal itu.

"Semua orang harab bertenang, perjalanan kehidupan anda dengan saya berbeza.

"Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai? Biar kerja tuhan. Jangan ajar saya tentang agama kerana saya juga ada rujukan," ujarnya.

Natasha Hudson

Artikel Lain