“Produk saya bukan racun dan timbang kilo!” - Zarina Zainuddin dakwa dianiaya, individu desak beli produk sebelum rumah diserbu pihak berkuasa

Zarina tidak lagi menjual produk tersebut.

PELAKON Zarina Zainuddin mendedahkan dia didatangi seseorang tidak dikenali yang meminta bantuannya dalam menyelesaikan masalah kulit pada 9 Januari lalu.

Zarina berkata, dia diperdaya individu berkenaan sehingga mengakibatkan kediamannya diserbu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan produk-produk kosmetik miliknya yang belum didaftarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sukalah” - Zarina Zainuddin tepis kamera wartawan selepas didenda RM17,500

ARTIKEL BERKAITAN: Anak autisme dikatakan 'tak berapa betul', Zarina Zainuddin terkilan dengan komen ikut sedap mulut

"Individu itu call saya dan tanya mengenai produk itu. Saya cakap, saya kena tengok dulu kulit dia baru boleh cadang apa produk yang sesuai. Dia setuju untuk datang kejap lagi. Bila berjumpa saya tengok kulitnya elok saja tak ada pun jeragat atau kulit kusam.

"Saya sarankan whitening cleansing gel, whitening toner dan moisturiser... tapi dia cakap dia nak cerah, dia tak nak yang ni... dia tanya set percubaan ada tak sebab dia ada RM75 sahaja. 

"Saya cakap, adik produk ni untuk kulit yang kusam, yang ada jeragat... kulit dia tak perlu pakai produk itu. Tapi dia nak 3 in 1 tu juga sebab kawan dia pakai cantik dah kulitnya.

"Saya suruh dia ambil toner dan moisturiser sekali... tapi dia cakap nanti lain kali dia datang sebab dia nak yang ni dulu," katanya menerusi laman Instagram pada Rabu.

Zarina meluahkan perasaanya di Instagram.

Zarina Zainuddin didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas pertuduhan memiliki dan menjual kosmetik tidak bernotifikasi, Januari lalu.

Dalam pada itu, pelakon itu berkata, dia terkejut apabila didatangi sekumpulan pihak berkuasa yang bertindak membuat serbuan di rumahnya.

"Selepas tiga minit satu team datang... kami dari KKM baru sebentar tadi puan ada menjual satu set produk tanpa notifikasi (pendaftaran).

"Jadi kami nak buat pemeriksaan sekarang. Tercengang saya... Ya Allah awak ni aniaya saya betul, awak yang beria nak beli, lepas tu awak kenakan saya.

"Saya mati-mati ingat awak ni orang baik-baik. Jahatnya awak berlakon macam tu" katanya.

Sementara itu, Zarina berkata, dia akui termakan rayuan individu berkenaan yang mendesak untuk membeli produk tersebut biarpun sudah lama tidak menjalankan perniagaan itu.

Tambah Zarina, dia berehat seketika berikutan produk yang diusahakan selama 20 tahun itu berdepan beberapa masalah dan terpaksa didaftarkan semula kepada Kementerian Kesihatan.

Saya mati-mati ingat awak ni orang baik-baik. Jahatnya awak berlakon macam tu.

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

"Saya sebenarnya dah tak berniaga Addura ni sebab cuma pelanggan tetap sahaja saya jual tapi sebab cara awak tu meyakinkan, saya terpedaya dan awak pun datang rumah saya, bukannya saya ada kedai jual besar-besaran.

"Produk saya ni sedang dalam proses pendaftaran sebab produk itu suplier yang daftarkan, bukannya saya guna produk timbang kilo. Baik sikit cakap tu... saya baca komen sesuka hati saja orang hentam tak tahu apa-apa main cakap sahaja.

"Produk saya itu baru tukar pembekal... jadi kena daftar balik. Bukannya racun. Saya dah 20 tahun jual produk Addura, tak pernah pelanggan buat aduan. Sabar sajalah, susah-susah cari duit," tulisnya.

Zarina dikenakan denda RM17,500 selepas mengaku bersalah.

Pada Rabu, Zarina selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah itu selepas enam pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Bharat.

Bagi pertuduhan pertama, Zarina, 48, sebagai pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter ).

Bagi pertuduhan kedua, ibu kepada empat anak itu didakwa memiliki tiga set sama.

Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Zarina didakwa atas pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi masing-masing 68 kotak Addura Black Soap; 279 bekas Addura Day Cream; 89 bekas Addura Day Cream (tujuh gram); dan 205 bekas Addura Day Cream (10 mililiter).

Zarina Zainuddin, produk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain