Anak autisme dikatakan 'tak berapa betul', Zarina Zainuddin terkilan dengan komen ikut sedap mulut - Hiburan | mStar

Anak autisme dikatakan 'tak berapa betul', Zarina Zainuddin terkilan dengan komen ikut sedap mulut

Kasih sayang Zarina kepada anak-anak tak pernah surut.

PELAKON Zarina Zainuddin terkilan dengan kata-kata kesat netizen terhadap anak-anaknya selepas dia memuat naik video aktiviti harian bersama mereka.

Zarina berkata, kekurangan anak-anaknya sebagai kanak-kanak istimewa adalah nikmat dan ujian yang diberi Allah.

"Anak akak tak berapa betul akak pun baru nak belajar jadi betul.

"Takpa tapi kasih sayang akak pada mereka melimpah bak air pasang yang tak pernah surut. Syukur Alhamdulillah," tulisnya di laman Instagram.

Postingnya itu dibuat bagi menjawab komen salah seorang netizen yang menulis: "Anak kau tu dah tak betul sibuk nak tunjukkan kat video, menakutkan aje tengok."

Zarina terkilan anak dihina netizen.

Zarina berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22 , Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12 tahun.

Bagaimanapun anak kembarnya itu adalah kanak-kanak istimewa yang menghidap autisme.

Dalam pada itu Zarina berkata, Allah memberi kehidupan seseorang manusia dengan pelbagai ujian.

"Syukur nikmat dan rahmat Allah bagi hidup kita tak pernah sempurna sampai bila-bila kerana Allah tak pernah salah menguji hambanya. Semoga awak juga dalam rahmat Allah SWT," ujarnya.




Zarina Zainuddin

Artikel Sebelum

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain