suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Sedih bila ada orang asyik pertikaikan rezeki saya" - Jaa Suzuran

Jaa bergandingan dengan Eyka Farhana dalam sebuah filem tidak lama lagi.

PENYAMPAI radio Jaa Suzuran meluahkan rasa sedih apabila ada pihak yang masih mempertikaikan rezekinya dalam industri seni.

Jaa, 24, berkata, apa yang diterimanya adalah rezeki yang sudah tertulis dan dia sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi sepanjang lima tahun dalam industri.

"Hampir lima tahun saya dalam arena ini dan apa yang saya belajar sentiasa merendah diri di mana juga anda berada.

"Tiba-tiba emosi pula bila ada orang asyik mempertikaikan rezeki saya," ujarnya.

Jaa luah rasa terkilan di IG miliknya.

Jaa berkata apa yang paling penting sentiasa ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan.

"Hormati satu sama lain dan bersyukur dengan apa yang ada serta tidak perlu mempertikaikan rezeki orang. Apa yang penting ialah ikhlas kena ada dalam hati," ujarnya.

Jaa Suzuran

Artikel Lain