Akhirnya orang kenal juga penjual bakso itu Sharifah Zarina

Video nyanyian spontan Sharifah Zarina ketika berniaga di tapak pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) dapat perhatian netizen. Foto Instagram @sharifahzarina_official

IDENTITI penyanyi Sharifah Zarina yang sibuk berniaga di tapak pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) baru-baru ini terbongkar apabila ada dalam kalangan pengunjung mengenalinya.

Zarina yang menjual bakso di pameran itu mencuri perhatian apabila dengan selamba menyanyikan lagu berjudul Warkah Untukku nyanyian asal Ara Johari ketika sedang sibuk menguruskan gerainya.

Video tersebut mula tular di media sosial dan rata-rata memuji kredibiliti vokal Zarina yang mantap dan bersahaja.

"Kena suruh menyanyi walaupun sedang dalam penyamaran jadi peniaga bakso... Tak dapat lari," katanya di Instagram.

Dalam pada itu, Zarina berkata, pengalaman 11 hari berniaga di MAHA 2018 banyak mengajarnya erti pengorbanan selain membuatkannya berasa rendah diri.

Antara rakan artis yang memberi sokongan kepada Sharifah Zarina.

"Panas terik, hujan lebat, angin kencang diknon (saya) lalui bersama teman-teman lain yang sama-sama berjuang.

"Ada hari yang kami tempuh dengan hanya melalak-lalak, menjerit kepada pelanggan untuk menyakinkan pelanggan untuk singgah dan beli makanan yang kami jual tanpa hasil jualan yang banyak.

Tapi kami sabar dan tetap menunggu. Tetap berjenaka walaupun jualan tidak rancak," katanya.

Pun begitu, Zarina berkata, dia berasa seronok dan segala penat lelahnya terbayar apabila bakso yang dihasilkannya laris dibeli oleh pengunjung.

"Kami usaha lagi setiap pagi seawal 6.30 pagi bergerak ke destinasi dengan harapan semoga hari ini lebih kebabom jualannya... Paling seronok apabila tiba hari yang tak putus-putus pelanggan.

Zarina menyifatkan pengalaman berniaga membuatkannya lebih bersyukur dan merendah diri.

"Apa pun secara peribadi saya akui bila sesekali mencabar diri luar dari zon selesa benar-benar mengajar diri agar sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki," katanya.

Malah kata penyanyi lagu Langit Ketujuh ini, dia turut kagum dengan rakan-rakan seperjuangannya yang sanggup berkorban pelbagai perkara demi mencari rezeki halal.

"Mereka yang saya jumpa di sini punya cerita tersendiri... Ada yang Orang Kurang Upaya (OKU) boleh berniaga dan mempromosikan produk yang orang tak pernah dengar.

"Ada yang sanggup menghentikan operasi restoran mereka di Terengganu, Johor, Melaka, Seremban semata-mata mahu mencuba nasib di sini.

"Jadi siaplah saya yang mahu memberi banyak alasan untuk tidak melakukan perkara yang sama? Semangat mereka benar-benar saya kagumi," katanya.

Sharifah Zarina, MAHA 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain