Anak Lan Solo hidap asma kronik, netizen kongsi petua hati unta kering - Hiburan | mStar

Anak Lan Solo hidap asma kronik, netizen kongsi petua hati unta kering

Lan dan isteri bimbang kesihatan anak ketiga mereka yang kini menghidap asma kronik.

ISTERI penyanyi Lan Solo Nur Sheila Hassim meluahkan rasa bimbang apabila anak ketiga mereka iaitu Muhammad Akid Qassyaff, 4, disahkan menghidap penyakit kronik asma.

Sheila, 33, berkata, kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari.

"Doktor sahkan Akid ada kronik asma sehari kena Neb dua kali minimum. Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan," ujarnya.

Sheila bimbang keadaan kesihatan Akid.

Lan dan Sheila, 32, berkahwin pada 6 Disember 2009. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Muhammad Akid Qassyaff, 3, dan Nur Amna Quxandra kini berusia 10 bulan.

Dalam pada itu, tambah Sheila, terdapat pengikut Instagramnya meminta dia mencari hati unta kering sebagai petua untuk penyakit itu.

"Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.

"Kalau ada idea dan petua minta kongsi dengan saya," ujarnya.

Lan Solo

Lebih Artikel

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM

Elvis Presley 'kawal' trafik di Jerman