suria

Teater 'Primadona... Perahu Mimpi' Angkat Puisi Tari

Zamri yakin Primadona...Perahu Mimpi dapat diterima penonton.
Zamri yakin Primadona...Perahu Mimpi dapat diterima penonton.
Zamri yakin Primadona...Perahu Mimpi dapat diterima penonton.

PETALING JAYA: Pementasan teater Primadona...Perahu Mimpi bakal mencipta kelaianan apabila bakal mengangkat puisi tari ke dalam jalan ceritanya.

Pengarahnya, Zamri Pangat berkata, pementasan itu lain dari yang lain kerana menggabungkan dua elemen iaitu puisi dan tarian dalam satu teater sama dalam mewujudkan suasana baru dalam genre teater muzikal.

"Ia sebenarnya masih sebuah teater muzikal seperti mana yang biasa kita tonton tetapi menariknya mengenai Primadona...Perahu Mimpi ini ia menggunakan puisi sebagai fokus utama dan tarian gabungan moden dan tradisional sebagai pelengkap kepada puisi yang didendangkan," ujarnya kepada mStar Online.

Primadona...Perahu Mimpi bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.

Dalam pada itu, Zamri berkata, walaupun teater ini pernah dipentaskan di Johor, dia optimis untuk memperkenalkan teater puisi tari ini kepada penonton di bandar besar supaya mereka dapat menghayati pementasan teater yang dianggap berbeza dan menarik ini.

Zamri berkata, puisi yang digunakan juga tidak akan dipersembahkan dengan cara biasa di dengar oleh masyarakat sebaliknya ia akan diberi nafas baru.

"Mungkin masyarakat dan penonton sudah biasa dengan cara sesebuah puisi itu disampaikan dan menerusi teater ini sesuatu yang berbeza akan ditampilkan.

Primadona..Perahu Mimpi adalah sebuah karya Rahimah Muda dan bakal menampilkan pelakon seperti Que Haidar, Emelda Rosmila, Emma AF, Maulana AF dan ramai lagi.

Sementara itu, Zamri berkata, semua pelakon memberikan kerjasama baik sepanjang latihan dan ia turut disertai beberapa pelakon daripada Johor bagi memantapkan lagi persembahan itu nanti.

Tiket bagi menyaksikan teater Primadona...Perahu Mimpi dijual pada harga RM100 dan RM80 (akan mendapat diskaun 20 peratus untuk setiap barangan Aviva-Active) yang boleh didapati dengan melayari www.aviva-active.com.my atau menghubungi 03-4270-1777.

Artikel Lain