suria

Keluarga mentua penuh kasih sayang, anak ‘hilang rasa’ terhadap famili sendiri... salahkan ibu kandung jarang peluk sejak kecil

Seorang anak menceritakan kisah sedih tidak mendapat kasih sayang ibu sejak kecil. -Gambar hiasan: Dreamstime

KASIH sayang seorang ibu tidak ternilai harganya.

Namun, kaedah mereka mengekspresi rasa cinta terhadap anak-anak pastinya berbeza bergantung kepada beberapa faktor.

Bagi sesetengah ibu, cara mereka menzahirkan perasaan kasih dan sayang adalah melalui sentuhan, pujian, ciuman atau pelukan.

Bagaimanapun, seorang individu menceritakan pengalaman dirinya yang dirasakan kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu kandungnya melalui satu hantaran yang dibuat di laman Twitter @confesstweetmy.

"Saya dibesarkan tanpa pelukan mak. Boleh kira dengan jari (berapa kali) mak peluk saya.

"Sepanjang sekolah, dia tak tanya pun pencapaian saya. Pernah dia maki saya 'muka tak ada rezeki' sebab tak dapat biasiswa sekolah," luahnya dalam mesej tersebut.

Tangkap layar tweet asal yang tular.

Tambahnya lagi, berlainan pula kisah hidupnya setelah berkahwin apabila keluarga mentuanya menzahirkan bahasa kasih sayang dengan sentuhan secara fizikal.

Malah, dia enggan membiarkan anaknya dibesarkan dalam suasana sama seperti dirinya dahulu yang didakwa tidak menerima perhatian sepatutnya.

"Saya baru tahu erti kasih sayang keluarga bila sudah berkahwin. Family mentua baik sangat siap peluk cium saya. Sekarang ada anak. Setiap hari saya peluk cium anak sebab tak nak dia rasa kurang kasih sayang.

"Bila dah kerja, ada rumah sendiri dan dah kahwin, saya tak rasa nak balik kampung dan tak ada rasa bersalah pun. Sekarang saya confuse. Saya tak dendam. Saya cuma tak rasa apa-apa perasaan dekat family sendiri. Adakah saya anak derhaka?" katanya lagi.

Perkongsian kisah ini mendapat perhatian sehingga menimbulkan pelbagai reaksi pelayar di Twitter.

Rata-rata mereka turut bersimpati malah memberikan nasihat kepada individu tersebut setelah luahan perasaannya menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikmatnya dapat peluk ibu! Detik jejak kasih selepas 3 tahun terpisah bikin ramai sebak, berjurai air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Si abang peluk erat tak mahu lepas, momen jejak kasih bertemu ibu kandung undang sebak... “Dapat rasa dia lepas rindu”

"Walaupun awak rasa tak dihargai, tapi awak hidup saja sampai sekarang. Maksudnya mak bagi awak makan minum untuk besarkan awak. Dia tetap mak awak. Baliklah.

"Aku ni membesar dengan tak ada mak ayah nak peluk. Nak cakap sayang aku pun tak. Jujur cakap ada la perasaan sedih tu dan aku rasa marah sangat sebab aku tak pernah dapat semua tu. Tapi sekarang ni cuma buat yang terbaik sebagai anak.

"Peluk dia (ibu) balik walaupun dulu dia kurang peluk awak. Aku kehilangan ibu masa umur 13 tahun. Ibu aku pun garang, apa saja dia tak pernah maki aku," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, seorang pelayar yang kurang senang dengan posting tersebut meluahkan pendapat serta kisahnya di Twitter.

Katanya, walaupun tidak pernah dipeluk sejak kecil, kasih sayangnya tidak pernah berkurang terhadap si ibu.

Beberapa komen netizen di Twitter.

"Mak aku dari aku kecil sampai dah habis belajar tak pernah peluk aku. Tak ada aku rasa aku kurang kasih-sayang. Bukti dia sayang aku adalah dia bagi aku makan, pakai, pendidikan sampai aku jadi manusia.

"Ini mentua kau peluk cium kau terus label mak kau tak sayang kau lepas tu jadikan alasan kau tak nak balik melawat mak kau dekat kampung. Kau memang anak derhaka tak tahu dek untung pun. Kau tak perlu tanya orang pun patutnya kau sedar diri. Benak punya anak derhaka.

"Kau kalau mak kau betul-betul tak sayang kau dah lama dia letak kau dekat longkang atau tong sampah. Bukan jaga kau sampai kau mampu ada kerjaya, harta benda semua tu," katanya.

Imbas lelaki ini lagi, dia memilih untuk memulakan langkah dengan memeluk ibunya terlebih dahulu apabila sudah lama tidak bersua.

Walaupun kita tak akan mampu balas jasa mereka yang jauh lebih besar dari apa kita mampu buat, buat sahajalah yang mampu.

NETIZEN

Tindakan itu membuatkan ibunya terkejut lalu mengalirkan air mata gara-gara tidak pernah memeluk anak lelakinya selama ini.

"Tak semua mak ni sama cara dia tunjuk kasih-sayang dia. Bapa pun lain cara dia. Bapa aku lagi la dahsyat. Dulu aku pun berdendam dengan dia. Bila dah tua baru paham.

"Mak bapa kamu sayang kamulah. Mungkin kamu belum nampak. Selagi mereka tak dera mental dan fizikal. Bila aku tua aku balas jasa mak bapa aku dengan semua cara aku dapat usahakan seperti duit, masa dan tenaga.

"Masa tu nampak mereka ni terharu kita kenang jasa mereka. Walaupun kita tak akan mampu balas jasa mereka yang jauh lebih besar dari apa kita mampu buat, buat sahajalah yang mampu," kata pelayar yang menggunakan nama Akaun Anon di Twitter.

Ciapan seorang lelaki yang kurang bersetuju dengan luahan individu tersebut.

Semakan mStar mendapati bahawa posting tersebut menerima kecaman daripada warga maya yang tidak bersetuju dengan pendapat lelaki ini.

"Diam sajalah. Tak payah nak bandingkan hidup kau dengan dia.

"Tapi mungkin dia terasa sebab kena maki dengan mak dia. Sentuhan secara fizikal mungkin dia dah kurang. Lagi kena verbal abuse. Kita tak tahu konteks hidup dia secara menyeluruh.

"Mungkin yang berbeza... maki hamun dan marah mendidik. Kita saja tak duduk tempat orang yang ada mak jenis maki hamun. Mak ayah kita marah macam mana pun tak akan keluar kata-kata kesat," komen netizen membalas ciapan asal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain