suria

Nak rawat kos tinggi sangat... wanita biarkan saja kulit muka berkedut, tua sebelum usia! Kunjungan ke klinik kesihatan ubah nasib

Kulit Lyna didiagnos sebagai sebaceous gland hyperplasia (SGH).

SEBELUM ini, tular kisah beberapa orang wanita yang mengalami masalah kulit muka berkedut seperti orang tua gara-gara alahan sewaktu berbadan dua.

Namun kisah yang dihadapi wanita ini pula adalah sebaliknya, di mana masalah kulitnya berlaku selepas beberapa tahun dia melahirkan cahaya mata.

Berkongsi cerita dengan mStar, Lyna Sabran berkata, keadaan kulit mukanya didiagnos sebagai sebaceous gland hyperplasia (SGH).

"Muka saya sewaktu mengandung okay sahaja. Selepas bersalin anak ketiga, ia beransur-ansur jadi menebal dan berkedut. Saya tak perasan sangat tapi orang sekeliling yang tegur.

"Waktu mula-mula jadi, kulit jadi menebal disebabkan sebum membengkak bawah kulit. Maknanya kulit hasilkan minyak banyak, ia menebal dan kedut pun terbentuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah simpati wajah ibu hamil jadi orang tua sebab alahan, wanita ini tak sangka diri sendiri pun terkena - “Mula-mula muka jadi sembab”

ARTIKEL BERKAITAN: Muka berkedut macam orang tua ketika hamil, makin ‘pedih’ banyak mulut yang mengata... Syukur suami terima seadanya

"Saya fikir ia adalah kerana hormon dan ditambah dengan faktor genetik, sebab arwah bapa dan ibu saudara pun ada alami situasi kulit serupa, jadi saya kurang ambil kisah," kongsi wanita berusia 37 tahun ini.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berkata, bertahun-tahun dia menjalani hidup dengan keadaan kulit muka sedemikian tanpa masalah kerana ia tidak mendatangkan rasa sakit.

kulit 2

Perubahan kulit Lyna dalam masa sebulan selepas menjalani rawatan.

"Saya jenis yang peramah, extrovert... jadi saya tak terlalu memikirkannya. Pernah juga waktu keluar, ada orang panggil saya makcik. Masa itu terasa juga tapi tak ambil hati sangat.

"Dalam tempoh itu juga saya pernah bertanya kepada klinik kulit swasta tapi kos rawatannya sangat mahal, mencecah berbelas ribu! Jadi hasrat nak rawat kulit hanya dipendam sahaja," ujarnya.

Sehinggalah Mei lalu, dia tergerak untuk melakukan rawatan selepas ramai pengikutnya di aplikasi TikTok menegur dan bertanyakan masalah kulit yang dihadapinya.

kulit 3

Suami adalah antara individu yang memberikan kata-kata semangat untuk Lyna.

"Itu turning point saya tergerak nak buat rawatan apabila ramai sangat yang tanya. Nak dijadikan cerita, Mei lalu saya pergi ke klinik kesihatan (KK) sebab kurang sihat. Alang-alang, saya tanya doktor sekali tentang kulit muka saya.

"Doktor di KK rujuk kes saya kepada pakar kulit Hospital Muar. Selepas buat biopsy, kulit saya didiagnos dengan SGH. Sekarang ni saya masih dalam rawatan... kena makan ubat jerawat kronik yang perlu diambil atas nasihat doktor," ujarnya yang merupakan penjawat awam di sebuah kolej matrikulasi.

Pernah juga waktu keluar, ada orang panggil saya makcik. Masa itu terasa juga tapi tak ambil hati sangat.

LYNA SABRAN

Hampir lima bulan menjalani rawatan, Lyna bersyukur kulit wajahnya menunjukkan perubahan positif sehingga mendapat teguran serta pujian orang sekeliling.

"Saya muat naik video-video mengenai SGH di TikTok untuk berkongsi pengalaman dan juga menyebarkan mesej positif kepada mereka yang senasib. Ramai juga yang DM kongsi masalah yang sama.

kulit 4

Lyna merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

"Ada yang tak tahu macam mana prosedur nak buat rawatan di hospital kerajaan. Ada yang DM, mereka kata doktor macam tak ambil kisah, hanya minta tukar pencuci muka.

"Jadi saya harap, kalau doktor dirujuk kes seperti ini, bantulah mereka sebab tak semua orang berkemampuan nak pergi klinik swasta.

"Saya harap perkongsian ini boleh menimbulkan kesedaran bahawa SGH masih boleh diperbaiki. Dulu saya pun berserah... tapi nasihat saya, cubalah berusaha. Tapi saya buat bukan sebab nak cantik, cuma nak kelihatan normal seperti dulu, dan seperti orang lain," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain