suria

Tragis! Berjaya keluar dari Ativa remuk, mangsa tak percaya masih hidup... pergi semula ke kereta ‘periksa diri sendiri’ di kerusi pemandu

Keadaan kereta Ativa yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan.

BERPANTANG maut sebelum ajal, begitulah gambaran nasib seorang pemuda yang terselamat dalam kemalangan ngeri.

Menerusi satu rakaman video, kereta Ativa yang dipandunya terbabas ke tepi lebuh raya dan mengalami kerosakan teruk, remuk di bahagian depan serta belakang kenderaan.

Berkongsi detik hitam itu kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Azizi Jasmi, berkata kejadian berlaku di lebuh raya dari Arau ke Kangar, Perlis, pada petang Isnin.

Lebih mesra disapa Azizi, katanya, pada masa itu hujan lebat ketika memasuki kawasan Alor Redis, berdekatan dengan parit dan sawah padi.

"Saya pandu tak perlahan, tak laju sangat. Apabila hujan lebat tu langit gelap dan angin sangat kuat.

"Kereta saya tiba-tiba bergerak ke kiri ke kanan sebelum hilang kawalan. Masa tu tak dapat pegang stereng, hanya mampu berpaut pada tepi pintu dan kerusi penumpang sebelah, menyebut Allahuakbar berulang kali," katanya ketika dihubungi

nyaris maut 3

Dua pokok yang dirempuh kereta.

Lelaki berusia 35 tahun itu memberitahu, segalanya berlaku dengan pantas, dan kereta yang dipandu terbabas sebelum merempuh dua batang pokok.

"Apabila saya rasa kereta betul-betul dah berhenti, saya pada mulanya sangka sudah masuk dalam parit sebab dapat rasakan air masuk ke dalam kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak rempuh lembu waktu Maghrib, pasrah tengok kereta baharu remuk - "Jadi macam ni, mana keberkatan rezeki?"

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki misteri muncul selepas 2 jam termenung, terkejut kereta remuk macam dilenyek 'tanker' - "Menggeletar, aku fikir hidup ke mati... mungkin ini peluang kedua"

"Paling saya risau kalau saya masih terbabas di tengah jalan, kemungkinan akan dirempuh oleh kenderaan lain amat tinggi sebab jarak penglihatan terhad masa hujan lebat.

"Rupa-rupanya itu ialah air hujan sebab ada ruang terbuka kesan remuk. Kereta 'landing' di kiri kanan pokok, di mana seberangnya parit dan sawah padi," katanya yang berasal dari Arau.

nyaris maut 4

Kerosakan kenderaan akibat kemalangan.

Menurut Azizi, kesan remuk menyebabkan pintu di sebelah pemandu tidak dapat dibuka dan dia cuba untuk memanjat keluar kerana bimbang keretanya mulai berasap.

"Saya cuba tolak dengan kaki dan dapat keluar separuh badan. Dalam keadaan hujan lebat, saya melambai-lambai ke arah kereta yang lalu dan menjerit meminta pertolongan.

"Tapi tiada kenderaan yang berhenti. Dalam keadaan basah kuyup itu saya cuba usahakan sendiri kerana risau kereta terbakar," katanya yang dapat melepaskan diri selepas 20 minit.

nyaris maut 2

Ruang sempit di bahagian pintu yang tersekat untuk Azizi memanjat keluar dari keretanya.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia tiga tahun itu mengakui tergamam dan seperti tidak percaya apabila melihat keadaan keretanya yang remuk teruk.

Apa yang lebih bersyukur bagi ejen sewa kereta itu, dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan luka akibat kemalangan tersebut.

Badan menggigil, tangan menggeletar dan lemah lutut. Dalam hati saya tertanya 'aku hidup lagi ke?'

AZIZI

"Badan menggigil, tangan menggeletar dan lemah lutut. Dalam hati saya tertanya 'aku hidup lagi ke?'. Saya bergegas ke tempat duduk pemandu dan tiada 'saya' di situ terbaring.

"Masa tu terus menitik air mata saya dan duduk di atas rumput di tepi highway sambil beristighfar. Baru sedar saya benar-benar terselamat, Alhamdulillah," tambahnya.

nyaris maut 5

Azizi dalam keadaan terkejut sejurus kemalangan.

Apa yang lebih bersyukur bagi ejen sewa kereta itu, dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan luka akibat kemalangan tersebut.

"Saya kongsi video yang merakamkan keadaan kereta kepada isteri dan grup famili, mereka tak percaya apa yang berlaku pada saya. Kawan-kawan pun cakap kalau kemalangan di situ, kalau tak masuk wad akan maut.

"Alhamdulillah tiada kesan lebam atau luka. Saya hanya lapar saja sebab tak makan. Benar ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan. Alhamdulillah saya masih diberikan peluang untuk teruskan kehidupan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain