suria

Sentuh anak HIV/AIDS tanpa sarung tangan, wanita ini dituduh buat CSR cari penyakit... Ada sebab berani tak pakai ‘glove’

Pertemuan Sha (kanan) dengan penghuni rumah berkenaan meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

STIGMA terhadap pesakit HIV/AIDS masih lagi menebal dalam kalangan segelintir masyarakat kita.

Buktinya, kunjungan doktor pakar audiologi, Shasa Aziz ke rumah perlindungan Persatuan Kebajikan Anak Kepada Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (Pernim) baru-baru ini turut dicemari dengan komen negatif di media sosial.

"Hish you ni tak ada penyakit cari penyakit. Banyak lagi benda boleh buat nak juga gigih pergi jumpa budak HIV... ni memang undang naya.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tak boleh survive, doktor kata jangan terlalu berharap... bayangkan dugaan ibu berpantang ini tanpa bayi di sisi, yang pasti tidak mengalah!

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit anak bertompok, bersisik sejak usia sebulan... ibu hilang kata-kata dapat tahu peluang sembuh cuma 70 peratus

"Boleh ke pegang pesakit macam ni? Tak ada glove semua? Risau tengok. Berani buat CSR macam ni," tulis beberapa netizen menerusi Instagram wanita itu.

Menurut Shasa, dia terkejut dengan segala komen yang diterima, malah sama-sekali tidak menyangka pertemuan dengan penghuni rumah tersebut bakal mengundang perdebatan netizen.

"Saya tak sangka video yang dikongsi akan menarik perhatian pengguna Instagram. Ramai yang terkejut tindakan saya memegang adik Siti yang positif AIDS.

"Saya dah buat pemeriksaan badan. Saya sihat dan tiada luka terbuka. Jadi kita tak la datang bawa sarung tangan sebab hakikatnya HIV/AIDS tak boleh dijangkiti melalui sentuhan, melainkan ada luka terbuka.

"Maka untuk betul-betul capai objektif dan niat, saya tak pakai sarung tangan, lagipun ianya untuk menjaga hati anak-anak ni," ujarnya yang turut menjalani ujian HIV.

Antara mesej yang diterima Sha menerusi Instagram.

Antara mesej yang diterima Sha menerusi Instagram.

Menurut usahawan Ola Oli yang memasarkan suplemen SuperOla itu, dia turut menghadiahkan gift box produknya untuk penghuni rumah berkenaan.

Tambah Shasa, dia juga kagum apabila penghuni di bawah naungan Datin Norlina Alawi itu berjaya meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran biarpun menghidap HIV/AIDS.

"Anak-anak ini tidak bersalah. Yang melakukan kesilapan itu adalah orang tua mereka. Minta dijauhkan. Di bawah jagaan Datin Norlina Alawi, ramai anak-anak ini berjaya menamatkan pengajian di sekolah tahfiz serta universiti tempatan.

Saya tak pakai sarung tangan, lagipun ianya untuk menjaga hati anak-anak ni.

SHASA AZIZ

"Jadi anak-anak ini memerlukan sokongan dan perhatian dari masyarakat. Jangan tinggalkan mereka di belakang. Kalau ada masa jenguk-jenguklah, ayuh kita terus memberi.

"Saya sempat berbual dengan seorang pesakit AIDS yang dah memang kritikal. Nama dia Siti. Mama Norlina bukan saja mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, malah menjaganya sampai sekarang bahkan turut mengislamkan Siti dan abangnya. Mulianya hati Mama. Siti dapat virus HIV yang currently dah convert to AIDS daripada ibunya.

"Sebak sangat apabila tengok Siti yang dalam keadaan lumpuh, buta dan ada jangkitan kuman dalam otak dan constantly cakap yang dia sayang Mama Norlina," ceritanya panjang lebar.

Sha berkata, dia juga sudah menjalani ujian HIV.

Sha berkata, dia juga sudah menjalani ujian HIV.

Selain Instagram, posting tular mengenai pertemuan Shasa dengan penghidap HIV/AIDS turut menjadi perdebatan di Twitter.

Namun, ramai juga yang turut memuji tindakannya dan berharap stigma terhadap golongan itu dapat dihapuskan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat kita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain