suria

Galak main alat pemadam api, pelajar terima padah raikan tamat SPM cara salah... konon nak imbas kenakalan zaman sekolah

Video yang tular memaparkan beberapa pelajar bermain apat pemadam api sebagai meraikan tamatnya peperiksaan SPM. Foto: Media sosial

SEAKAN-AKAN sudah menjadi trend apabila tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), pelajar akan meraikannya bersama rakan-rakan sebagai kenang-kenangan.

Ada yang meraikannya dengan jamuan makan, bergambar bersama-sama dengan guru dan sebagainya.

Namun dek kerana pengaruh 'darah muda', ada segelintir pelajar yang meraikannya dengan melakukan perkara yang agak keterlaluan malah menyusahkan pihak lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Esok kertas akhir SPM, malam sempat conteng baju sekolah pakai masa jawab exam... ramai fikir 2 kali nak kecam!

ARTIKEL BERKAITAN: SPM tamat, guru kagum lihat ‘pemandangan menyejukkan mata’ oleh pelajar kelas corot, akhlak level teratas - “Merekalah berebut nak salam cium tangan cikgu”

Sejak Rabu, tular satu klip video yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar sekolah menengah yang menyalahgunakan alat pemadam api untuk bergembira sesama rakan.

Ia pada awalnya dimuat naik di aplikasi TikTok di akaun @ahmaddnish.

Menerusi video berdurasi 15 saat itu yang turut dikongsikan laman Facebook Penangkini, kumpulan pelajar berkenaan kelihatan 'galak' menyembur alat pemadam api ke arah rakan-rakan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kantin sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang, namun tidak didedahkan lokasi sebenarnya.

Video berkenaan mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan pelajar berkenaan sangat biadab dan tidak bertanggungjawab.

Bukan sahaja menyalahgunakan alat pemadam api, malah tindakan berkenan juga menyusahkan pekerja pembersihan.

pemadam api 1

Hantaran yang dipercayai ditulis oleh individu di dalam video tular berkenaan.

Namun menerusi satu kemas kini terbaharu di laman Facebook tersebut, individu yang dipercayai salah seorang pelajar terbabit tampil memberikan penjelasan.

"Sejujurnya saya tiada niat ingin banggakan diri. Hanya bertujuan ingin mengenang zaman kenakalan di sekolah.

"Video ini dirakam pada tahun 2020 ketika kami tamat pengajian SPM. Tak sangka Penangkini telah viralkan saya. Saya mengaku perbuatan saya dan rakan-rakan yang lain salah.

"Kami telahpun dikenakan hukuman tatatertib dan telah membayar ganti rugi atas apa yang berlaku," tulis individu itu.

Turut memohon maaf di atas perbuatannya dan rakan-rakan, individu itu juga mengakui tindakan mereka sememangnya mengaibkan nama sekolah dan keluarga.

"Saya ingin minta maaf atas kesilapan saya post video yang memberi kesan buruk pada budak-budak sekolah yang lain.

"Juga saya mohon maaf pada semua ibu bapa di luar sana, guru-guru, rakan-rakan dan keluarga atas sebab mengaibkan dan secara tak langsung nama sekolah tercemar.

"Kepada netizen yang komen buruk tentang ibu dan bapa saya, kawan-kawan juga komen buruk tentang sekolah saya, harap anda semua tidak lagi mengatakan hal-hal yang tak sepatutnya kerana kesalahan yang saya buat adalah atas diri sendiri. Saya harap semua orang dapat memaafkan saya," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 386 shares di Facebook Penangkini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain