suria

Suami 2 tahun di Korea, isteri di Malaysia struggle jaga anak tetap mampu beli Mercedes... percaya suaminya setia walau ada yang ragu!

Suami Najihah mencari rezeki di negara asing selama dua tahun.

PENANTIAN itu sememangnya satu penyiksaan.

Begitulah apa yang dilalui oleh pasangan berusia 26 tahun ini, Nur Najihah Mohd Rhadzi, yang tidak jemu menanti kepulangan suaminya, Nor Hafifi Halim setelah dua tahun bekerja di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda menangis di sebalik kostum Mickey Mouse lihat sahabat terpisah 25 tahun depan mata - “Nenek Raja bantai kami dengan getah paip”

ARTIKEL BERKAITAN: Terpisah 20 bulan, ibu dan anak akhirnya bertemu semula

Lebih menyedihkan apabila anak mereka, Muhammad Nadhif Hud Nor Hafifi yang berusia dua tahun telah lama tidak berjumpa dengan bapa kandungnya, sejak berusia enam bulan lagi.

Namun, penantian keluarga ini berakhir apabila wanita yang mesra disapa Najihah itu memuat naik video memaparkan reaksi anak ketika bersua dengan suaminya yang pulang pada 27 Disember tahun lalu.

"Suami saya cari rezeki di Korea. Dia pergi sana masa anak baru tujuh bulan. Sekarang dia dah kena balik sebab pasport nak tamat.

"Dari segi berhubung tak ada masalah sebab waktu di Korea beza sejam saja dari Malaysia. Jadi kami selalu saja berhubung. Anak saya pun kenal saja ayahnya, cuma bila jumpa depan-depan dia tercengang sekejap. Lepas ayah dia buka mask tunjuk muka baru dia OK.

"Selalunya dia tak nak kalau orang nak dukung atau cuba dekati dia. Tapi bila tengok ayah dia masa jumpa di stesen kereta api Alor Setar dia tak nangis pun," ceritanya sambil menambah suaminya perlu menjalani tempoh kuarantin selama seminggu sebaik tiba ke tanah air.



Najihah terpaksa menguruskan anak sendirian ketika tiada suami di rumah.

Imbas Najihah yang merupakan anak kelahiran Alor Setar ini, sejak suaminya di luar negara, dia terpaksa menguruskan semuanya bersendirian namun ada juga kalanya dia meminta bantuan ibunya.

Tambahnya lagi, dia mengakui menjaga anak yang masih kecil pada ketika itu bukan suatu perkara mudah, tetapi perlu sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah.

Saya fokus pada bisnes sampai boleh keluarkan kereta Mercedes dalam masa setahun lebih saja.

NAJIHAH

"Masa suami tak ada susah juga nak kena uruskan anak. Saya kena buat semua kerja sendirian tak ada orang lain tolong, cuma kadang-kadang ada juga minta tolong mak sebab saya tinggal dengan mak ayah," ujarnya.

Menurut anak keempat daripada enam beradik ini, sepanjang tempoh perhubungan jarak jauh dengan suaminya itu, dia tidak mensia-siakan waktu begitu saja.



Najihah berniaga secara atas talian walaupun dalam kesibukan menjaga anaknya.

Ujar Najihah, dia biasa berniaga sejak lima tahun lalu dan memutuskan untuk meneruskan minatnya dengan menjalankan perniagaan secara dalam talian walaupun sibuk menguruskan anaknya.

"Sedih juga bila suami kerja jauh, jadi saya cari inisiatif berniaga secara online. Saya fokus pada bisnes sampai boleh keluarkan kereta Mercedes dalam masa setahun lebih saja.

"Saya ada buat macam-macam bisnes online sejak lima tahun lalu jadi dropship tapi semua tu sekejap-sekejap je. Alhamdulillah, bila jual produk makanan tambahan ni menjadi pula," katanya.

Bercerita mengenai video yang tular di TikTok, wanita ini tidak terlepas menerima komen negatif daripada netizen.



Wanita ini sudah mula berniaga sejak lima tahun lalu.

"Ada juga saya terima komen negatif dekat video. Ada yang cakap 'Ingat suami duduk jauh ni dia setia ke?' dekat komen.

"Tapi saya buat tak tahu je. Tapi ada juga komen-komen tak elok saya padam. Saya berniaga dekat platform tu jadi saya tak nak layan benda macam tu," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea