suria

Percutian berakhir ‘tragedi’ hanya disebabkan makan lewat, suami hidap anxiety dikejarkan ke kecemasan ‘bacaan jantung tak cantik’

Percutian Meera dan suaminya ke Pulau Langkawi hujung Januari lalu berakhir dengan 'tragedi' yang tidak dapat dilupakan.

NIAT asal mahu merehatkan minda dan bersantai di pantai bersama-sama, namun siapa sangka percutian pasangan suami isteri ini 'terselit' insiden yang tidak diduga.

Gara-gara si suami sakit secara tiba-tiba, percutian selama empat hari tiga malam itu hanya sempat dinikmati seketika sahaja.

Berkongsi cerita dengan mStar, Amirah Yusri berkata dia dan suami yang hanya mahu dikenali sebagi Fitry, 28, mengambil masa terluang dengan bercuti di Pulau Langkawi pada minggu lalu sebelum masing-masing kembali sibuk bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri panik dan pelik suami lama sangat di tandas masjid, mujur ada mak mentua beritahu tentang Chika - “Tak tahu penyakit ni wujud”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami muntah depan pagar, isteri cepat-cepat masuk rumah sebelum meraung gembira dalam tandas - “Dia tak berhenti ketuk pintu”

"Kami tiba di Pulau Langkawi pada Rabu, 26 Januari. Hari pertama okay sahaja, hari kedua suami ada mengadu tak larat dan dia ada muntah-muntah juga tapi boleh lagi berjalan-jalan.

"Masuk hari ketiga, keadaannya masih sama... suami muntah-muntah lagi. Rancangan sepatutnya, pada hari ketiga kami nak check-in di hotel kedua sekitar Pantai Cenang.

"Selepas check-out di hotel pertama, kami jalan-jalan di sekitar Makam Mahsuri. Kami makan yang ringan-ringan saja seperti laksa dan sebagainya sebab nak makan berat selepas check-in.

"Tapi sebelum sampai Pantai Cenang, suami park tepi dan minta saya memandu sebab dia tak larat, muntah-muntah dan sakit dada. Suami memang ada anxiety dan panic attack, dan keadaan sama pernah berlaku sebelum ini.

"Dia tak boleh makan lambat atau salah makan langsung. Itu antara perkara yang 'trigger' anxiety dia. Jadi kami terus pergi ke klinik terdekat sebab suami dah tak tahan," cerita wanita berusia 27 tahun ini.

ANXIETY 1

Gara-gara terlambat makan, suami Meera diserang anxiety sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Senang disapa sebagai Meera, wanita ini berkata, apa yang disampaikan oleh doktor di klinik berkenaan cukup membuatkan mereka cemas.

"Doktor cakap bacaan jantung (ECG) suami tak cantik. Memang kena pergi ke kecemasan secepat mungkin. Memang berderau darah dengar sebab tak pernah jadi seteruk itu.

"Saya terus pecut kereta, siap bagi 'double signal' nak sampai segera ke Hospital Langkawi. Sampai di bahagian kecemasan, petugas masukkan ubat drip dan buat beberapa pemeriksaan lain.

"Selepas beberapa ketika, keadaan suami okay sikit. Sepatutnya kena warded, tapi sebab suami okay sikit selepas dimasukkan ubat, kami buat keputusan untuk pulang dan doktor benarkan. Doktor pun tahu suami ada anxiety dan memang ia disebabkan penyakitnya itu.

"Tapi doktor pesan, kalau sakit cepat-cepat datang hospital," cerita wanita yang merupakan seorang jurugambar bebas ini.

Doktor cakap bacaan jantung (ECG) suami tak cantik. Memang kena pergi ke kecemasan secepat mungkin. Berderau darah.

AMIRAH YUSRI

Meera menambah, kerana situasi luar jangka itu, mereka hanya sempat mendaftar masuk (check-in) di hotel sekitar pukul 11 malam.

Bukan itu sahaja, segala aktiviti yang sudah dirancang pada hari berkenaan 'terbatal' kerana banyak waktu dihabiskan di klinik dan hospital.

"Hari keempat iaitu hari terakhir sebelum pulang, suami okay sikit walaupun masih muntah lagi. Balik saja rumah, suami demam dua hari. Hampir seminggu jugalah baru keadaannya betul-betul pulih," katanya yang menetap di Kulim, Kedah.

Bercerita lebih lanjut, Meera berkata suaminya dikesan menghidap 'anxiety disorder' dan 'panic attack' sejak 2018, iaitu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Beberapa simptom yang dialami antaranya gelisah, tidur terganggu, sesak nafas dan tidak gemar berada dalam kumpulan yang ramai, Meera berkata suaminya hanya mengetahui mengenai penyakit tersebut selepas bertemu dengan pakar, tahun lalu.

ANXIETY 3

Meera dan suaminya hanya sempat menikmati percutian di Langkawi pada dua hari pertama sahaja.

"Tiga tahun baru dapat detect... saya rasa agak terlambat juga. Tapi kini setidak-tidaknya kami dapat tahu, jadi boleh ambil langkah sewajarnya.

"Ramai yang kongsi mereka juga selalu alami situasi sama seperti suami saya. Kiranya ramai juga tak tahu ia adalah anxiety. Ada yang DM, tanya macam mana prosedur nak dapatkan rawatan untuk anxiety.

"Niat saya kongsi video sebab nak sebar kesedaran kepada orang lain juga. Saya dulu pun tak tahu. Bila jadi dekat suami sendiri, baru tahu. Jadi kita boleh cuba bantu mereka yang alami perkara sama.

"Jika ada tanda-tanda atau alami perkara luar kebiasaan, tolong pergi jumpa doktor sebelum terlambat. Kalau tak dapatkan rawatan, boleh jadi makin teruk," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain