suria

Isteri panik dan pelik suami lama sangat di tandas masjid, mujur ada mak mentua beritahu tentang Chika - “Tak tahu penyakit ni wujud”

Suami Syazwana terkena Chika ketika bercuti baru-baru ini.

SEJAK kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri pertengahan Oktober lalu, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung bertemu keluarga masing-masing.

Tidak kurang juga ada yang memanfaatkan masa dengan melancong atau 'road trip' bersama keluarga atau rakan masing-masing, tidak terkecuali pasangan suami isteri ini.

Namun trip percutian mereka baru-baru ini 'terselit' insiden mencemaskan apabila si suami terkena penyakit yang digelar 'Chika'.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil bahagia, suami pula derita alahan teruk sampaikan buat ujian Covid-19... tapi sebenarnya ada kisah sedih dilalui pasangan ini

ARTIKEL BERKAITAN: Suami muntah depan pagar, isteri cepat-cepat masuk rumah sebelum meraung gembira dalam tandas - “Dia tak berhenti ketuk pintu”

"First time tahu penyakit ni... kena pula dekat suami," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian video di aplikasi TikTok.

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 249,000 jumlah tontonan selain dibanjiri ribuan komen netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama.

Menurut Nurul Syazwana Gulam Sabir, ketika kejadian, dia bersama keluarga suaminya, Mohammad Hamizan Rosli, melawat lokasi-lokasi menarik sekitar Perak.

"Kami ni sebenarnya pasangan jarak jauh (PJJ). Suami bekerja di Perak, saya pula bekerja di Johor. Jadi baru-baru ni saya 'turun' ke Perak dan sambil-sambil tu berjalan dan pergi makan dekat tempat best-best.

"Sejujurnya, saya sendiri tak tahu kewujudan penyakit ini. Kami baru berkahwin dan bila suami terkena, barulah saya tahu. Al kisahnya selepas singgah di beberapa lokasi, suami beritahu dia nak ke tandas sebab nak 'membuang'.

"Kami pun berhenti dekat sebuah masjid. Peliknya, lama betul dia dekat tandas. Bila dia keluar, saya nampak wajahnya pucat habis. Saya panik dan tanya kenapa, suami beritahu dia macam nak pitam. Tak bermaya sangat.

chika 1

Suami Syazwana terkena Chika ketika mereka sekeluarga melawat lokasi-lokasi menarik di Perak, baru-baru ini.

"Mujurlah ibu mentua ada sekali. Katanya suami mungkin terkena Chika. Barulah saya tahu pasal Chika ni. Rupa-rupanya sebelum ini suami pernah kena Chika sampai pengsan di tandas. Hari tu pun dia nak pengsan tapi dia tahan," cerita wanita berusia 24 tahun ini.

Senang disapa sebagai Syazwana, wanita ini berkata mereka berhenti rehat sekitar dua jam sehingga penyakit yang menyerang suaminya itu berkurangan.

"Kami sekadar sapu minyak angin. Tak la terus baik, tapi keadaannya ada sedikit perubahan. Rupa-rupanya, Chika ni akan pulih sendiri selepas muntah. Selagi tak muntah, selagi itulah tak boleh membuang.

"Suami ada muntah hari tu... itu yang keadaannya OK sikit. Kami teruskan perjalanan selepas itu, tapi berhenti juga beberapa kali sebab dia nak membuang," ujarnya.

Saya tanya juga mak mentua, dia kata kalau sesiapa terkena Chika, memang sakit perut sampai tak tentu arah dan boleh pengsan.

NURUL SYAZWANA GULAM SABIR

Tambah Syazwana, hanya pada keesokan hari suaminya benar-benar pulih.

"Chika ini saya pun tak pasti apa sebab atau puncanya. Tapi sebab ia sakit perut, mungkin sebab pemakanan. Biasalah kalau berjalan mesti makan macam-macam. Banyak kedai makan kecil dan viral yang kami singgah.

"Saya tanya juga mak mentua, dia kata kalau sesiapa terkena Chika, memang sakit perut sampai tak tentu arah dan boleh pengsan. Kalau cuba Google pun, ada keluar pasal Chika ni.

"Bila dah kena lagi, suami macam serik juga. Katanya lepas ni memang kena jaga makan betul-betul," kata wanita yang berasal dari Johor Bahru ini.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Syazwana berkata dia berharap perkongsian tersebut secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada orang lain.

chika 2

Ada di antara netizen yang berkongsi petua penyakit Chika.

"Kalau ahli keluarga, suami atau siapa sahaja yang masuk toilet lama, cubalah pergi check... bimbang dia pengsan akibat Chika. Sekarang ni musim orang berjalan-jalan. Kalau berjalan, kena selalu beringat.

"Secara tak langsung, daripada perkongsian ini juga dapat beri peringatan sebab daripada komen, rupa-rupanya ramai juga tak tahu pasal Chika. Ingatkan saya saja yang tak tahu.

"Alhamdulillah, ramai juga yang prihatin dan share petua. Kata mereka, kalau terkena Chika, kena mandi. Itulah yang suami saya buat... Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik selepas itu," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain