suria

Pengantin biarkan saja air matanya mengalir, tak mampu tahan emosi lihat adik menangis masa jadi wali - “Dah tak boleh manja dengan kakak”

Video Niha menangis berpelukan dengan adik lelakinya tular di aplikasi TikTok.

SUASANA majlis akad nikah wanita ini sayu dengan linangan air mata apabila dia terkenang akan pemergian arwah bapanya.

Menurut Nihayatul Amirah Zait, 25, bapanya sudah lama meninggal dunia, namun rasa pilu di hati masih terpahat sehingga ke hari ini.

"Ayah meninggal dunia akibat sakit jantung ketika saya berumur 16 tahun. Saya merupakan anak sulung daripada lima beradik dan ini merupakan perkahwinan pertama dalam keluarga saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Model menangis dari jauh abang kesayangan ‘langgar’ perjanjian zaman remaja, tetap urus majlis kahwin walau berat hati - “Dia nak letak hantaran dalam paper bag”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berjurai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangis tak sanggup ‘lepas’ anak bongsu - “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz”

"Waktu majlis akad nikah, saya rasa sayu. Biasanya saya tengok orang lain kahwin ada mak dan ayah. Bila tengok muka mak sedih, saya pun jadi sebak," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, dia yang mesra disapa Nisa mengakui bertambah sebak apabila adik ketiganya, Haziq Hakimi, 21, yang menjadi wali dalam upacara akad nikah itu turut mengalirkan air mata.

Jelas Niha, dia cukup rapat dengan adik lelakinya sehingga mereka sekeluarga gagal menahan sebak dalam majlis tersebut yang diadakan di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.

"Masa tu adik yang jadi wali. Saya tak jangka adik akan menangis. Dulu, dia sembilan tahun jadi anak bongsu sebelum mak bersalin lagi. Sebab tu dia rapat dengan saya.

niha 2

Niha dan pasangannya selamat disatukan sebagai suami-isteri pada Mei lalu.

"Dia kata lepas ni dah tak boleh nak manja dengan kakak. Dari kecil, memang saya yang jaga dan manjakan dia.

"Mula-mula saya pun tahan, tak nak orang lain ikut menangis. Tapi tak boleh nak tahan. Pada pendapat saya, mana-mana pengantin kalau rasa sebak, nangis je.

Sebenarnya bukan saya seorang saja, tapi ramai lagi yang bukan bapa sendiri jadi wali ketika nikah.

NIHA

"Tapi kena pandai cover la, pakai tisu ke, sebab wajah kita mekap. Memang kalau boleh tak nak nangis, tapi bila tengok wajah orang tersayang, terus mengalir air mata," ujar Niha yang bekerja dalam bidang pemasaran.

Dalam pada itu, video memaparkan Niha dan adik lelakinya menangis berpelukan selepas upacara akad nikah turut tular dan meraih perhatian ramai.

Jelas Niha, dia sebenarnya sudah bernikah pada 19 Mei lalu, namun video itu baru sahaja dikongsi ke laman TikTok miliknya pada Ahad.

"Saya scroll telefon dan jumpa video itu. Jadi saya sekadar kongsi macam biasa di TikTok. Hanya untuk simpanan, takut hilang video tu nanti.

niha 3

Antara ahli keluarga yang hadir ketika acara akad nikah pasangan itu.

"Bangun esoknya, terus terkejut tengok jumlah tontonan naik mendadak. Saya baca komen pun turut sedih.

"Sebenarnya bukan saya seorang saja, tapi ramai lagi yang bukan bapa sendiri jadi wali ketika nikah. Ada kisah yang lebih sedih," ujar Niha.

Niha dan pasangannya, Muhammad Fateh Najib, sama-sama berusia 25 tahun sudah berkenalan sejak lebih setahun lalu.

Niha dan suami kini menetap di Shah Alam, tidak jauh dari kediaman keluarganya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain