suria

‘Lelaki plastik sampah’ viral, suka buat parodi depan binaan ikonik rupa-rupanya cikgu... larang pelajar cakap tentang TikTok dalam kelas

Beberapa video dikongsi Nazrul tular di aplikasi TikTok.

BERMULA secara suka-suka, kehadiran 'lelaki plastik sampah' ini menerusi aplikasi TikTok ternyata mencuri perhatian ramai.

Malah, video memaparkan dia membuat aksi lip-sync' lagu-lagu popular turut menjadi tular sehingga menerima lebih sejuta tontonan.

Menurut Nazrul Hazric, dia mula aktif di TikTok sejak Februari lalu dan tidak menyangka akan meraih pengikut tersendiri dalam tempoh kurang setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Feeling habis! Video ‘Shah Rukh Khan Terengganu’ atas jambatan angkat bikin gadis tak senang duduk - “Kami cuba tiru satu persatu”

ARTIKEL BERKAITAN: "Produk mereka tular, saya dapat malu" - 'Sekmung' insaf, dedah pernah diugut buang negeri

"Saya bermula di TikTok pada Februari lalu. Ketika itu saya tertarik dengan topi yang digayakan penyanyi Aina Abdul.

"Jadi saya guna sebuah topi dan balut dengan plastik sampah warna hitam. Saya juga balutkan tubuh dengan plastik sama.

"Saya memang minat ke arah dunia seni, jadi saya nak cuba tonjol bakat di TikTok. Kawan-kawan pun bagi sokongan. Niat saya cuma nak hiburkan orang," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nazrul, video-video miliknya turut tular apabila ia dirakam di hadapan binaan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan Kota A Famosa di Melaka.

Kata Nazrul, dia menyahut cabaran rakannya untuk membuat rakaman di kawasan awam dan mengakui seronok dengan penerimaan ramai terhadap apa yang dilakukannya.

nazrul3

Nazrul merupakan seorang guru subjek Matematik di sebuah sekolah di Pekan, Pahang.

"Kawan saya yang cabar untuk shooting di luar. Pada mulanya kami buat di pulau. Bila video itu tular, tiada yang kecam. Jadi saya pun rasa seronok.

"Pada masa sama, kawan kata why not gunakan kaedah ini untuk promosikan pelancongan Malaysia. Sebab itu saya berani buat rakaman di luar.

"Bila saya ke Kota A Famosa dan KLCC, ada orang tegur, ada juga yang minta bergambar. Maksudnya, mereka kenal dan ada penerimaan baik atas apa yang saya hasilkan," ujarnya lagi.

Saya cuma manusia biasa yang nak tonjol bakat kepada orang ramai.

NAZRUL

Mengenai dirinya, Nazrul sebenarnya seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah di Pekan, Pahang.

Menurut Nazrul yang sudah tujuh tahun bergelar pendidik, dia bersyukur dengan penerimaan positif rakan sejawat serta anak murid, namun enggan minatnya itu mengganggu kerjaya hakikinya di sekolah.

"Selepas video saya raih sejuta tontonan, ada anak murid yang ucap tahniah di sekolah. Tapi saya kata, dalam kelas jangan bercakap mengenai TikTok.

"Sudah tentu saya juga risau pada awalnya. Bila nak buat TikTok, saya tak mahu dikaitkan dengan kerjaya saya. Saya juga ada impian nak jadi anak seni, nak jadi pelakon.

"Jadi saya gunakan TikTok untuk tunjuk bakat. Saya juga tak dedahkan kepada orang ramai di TikTok bahawa saya seorang guru.

nazrul2

Nazrul aktif di TikTok sejak Februari lalu.

"Saya cuma manusia biasa yang nak tonjol bakat kepada orang ramai, nak hiburkan netizen," ujarnya yang turut mengusahakan bisnes wangian sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Nazrul turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua netizen yang memberi sokongan terhadap video parodi yang dihasilkannya.

"Secara rendah diri, saya nak ucapkan terima kasih kepada followers serta team saya yang menyebabkan view terus naik. Kepada yang selalu bagi kata-kata positif, saya nak ucapkan terima kasih juga.

"Saya harap anda terhibur, moga medium ini boleh buatkan anda tersenyum," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain