suria

Feeling habis! Video ‘Shah Rukh Khan Terengganu’ atas jambatan angkat bikin gadis tak senang duduk - “Kami cuba tiru satu persatu”

Perbandingan video parodi Ramadhan (kiri) dan video asal lakonan Shah Rukh Khan (kanan).

BINAAN ikonik Kuala Terengganu Drawbridge atau Jambatan Angkat Kuala Terengganu kini menjadi tumpuan utama pelancong yang berkunjung ke negeri itu.

Terbaharu, jambatan itu turut dijadikan sebagai lokasi utama penghasilan video parodi lagu Hindustan terkenal, kal Ho Naa Ho dalam filem lakonan Shah Rukh Khan suatu masa lalu.

Bercerita kepada mStar, pelakon utama video tersebut, Muhammad Ramadhan Shamhuddin, 20, mendedahkan ia merupakan sambungan kepada rakaman asal yang dibuat pada tahun 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: “Patutlah asyik ada orang memandang” - Ramai teruja lihat Shah Rukh Khan Malaysia layan durian, edit atau betul?

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang keindahan jambatan angkat dicemari sisa buka puasa, kesanggupan jurugambar ini akan buat anda kagum!

"Video ini merupakan sambungan yang kita rakam di lokasi sama dua tahun lepas. Dulu ada masalah sikit, jadi tak sempat siap.

"Minggu lepas kami sambung rakam semula. Proses kali ini dalam tempoh sehari je. Dah seminggu kami muat naik di YouTube, jumlah tontonan pun dah lebih 100,000," ujarnya.

Mesra disapa Ramadhan, dia sama sekali tidak menyangka akan menjadi perhatian ramai setelah video itu tular di media sosial.



Ramadhan bersyukur apabila video lakonannya menjadi tontonan ramai sejak seminggu lalu.

Tambahnya, dia juga mahu mempromosikan tarikan pelacongan negeri Terengganu kepada orang luar dengan penghasilan video berkenaan.

"Video asal pun Shah Rukh Khan kat jambatan. Kami cuba tiru satu persatu sekali gus boleh promosi negeri Terengganu juga.

"Syukur, Alhamdulillah dengan reaksi yang diterima. Tak jangka macam ni. Sebab memang hobi, saya minat Hindustan dan video ini dihasilkan sebab minat semata-mata.

Dari kecil lagi dah tengok cerita Bollywood. Saya dan ayah minat tengok filem dari sana.

MUHAMMAD RAMADHAN SHAMSHUDDIN

"Sebab banyak video parodi dari luar saya harap ramai yang support anak tempatan macam saya, sudi tonton video saya.

"Ada la sikit yang kecam, tapi saya tak kisah. Tak ambil hati. Ini merupakan video Hindustan pertama saya," ujarnya lagi.

Kata Ramadhan, dia juga banyak menonton filem Bollywood sejak di bangku sekolah lagi.



Lagi sedutan dalam video parodi lakonan Ramadhan.

Selain filem, dia turut menghafal lagu-lagu Hindustan yang sering dinyanyikan sebagai hobi selama ini.

"Saya banyak hafal lagu Hindustan. Dari kecil lagi dah tengok cerita Bollywood. Saya dan ayah minat tengok filem dari sana," ujarnya.

Malah, Ramadhan dengan merendah diri mengakui tidak kisah dengan usikan segelintir netizen yang menggelarkannya sebagai Shah Rukh Khan Terengganu.



Dua pelakon lain yang turut menghiasi parodi itu.

Bercerita mengenai dirinya, Ramadhan kini menjalankan perniagaan keropok keping dari rumah dan sedang merancang untuk menghasilkan video Hindustan seterusnya tidak lama lagi.

Selain YouTube, video memaparkan remaja itu bersama dua lagi pelakon lain turut menerima ratusan ribu jumlah tontonan di Facebook dan Twitter.

Dalam pada itu, netizen turut menghujani video berkenaan dengan pelbagai komen di Twitter.

Selain memuji, ada yang turut membuat perbandingan antara jejaka dari Terengganu dan Kelantan.

"Saya prefer lelaki Terengganu berbanding Kelantan. Maafkan saya.

"Melting habis part ni. Tak berhenti tersengih dari tadi.

"Muka Shah Rukh Khan sangat lah. Dengan kening tu adoi lemah jantung," tulis beberapa netizen secara berseloroh.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain