suria

Jari kaki anak usia 3 tahun terbelah ‘disedut’ pengering lantai... ibu mula-mula marah, nampak darah terus blur

Aira mengalami kecederaan apabila kakinya tersedut ke dalam mesin pengering lantai.

KETERUJAAN seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang pertama kali melihat kipas pengering lantai berakhir dengan tragedi apabila jari kakinya tersedut ke dalam mesin tersebut, menyebabkan jari kakinya terbelah.

"Malang tak berbau.. malam ni Yayang kena kipas kat jari, terbelah ibu jari," tulis ibu kanak-kanak tersebut, Nor Anis Idayu Abdullah, 28, di laman TikToknya.

ARTIKEL BERKAITAN : Sayang sangat kat kakak! Adik sanggup bangun pagi setiap hari, salam kakaknya nak pergi tadika... kemudian sambung tidur

ARTIKEL BERKAITAN : Bekas pramugara layan kucingnya yang bijak macam anak raja, jangan terpedaya kalau tengok Ciput Khan ‘mati’ ditembak tak lama lagi

Video kanak-kanak tersebut, Nur Aira Mikayla dengan kaki berbalut setakat ini sudah ditonton hampir 400,000 kali.

Bercakap kepada mStar, Nor Anis yang merupakan seorang guru pra sekolah berkata kejadian berlaku pada malam 9 September lalu.

Mesra dipanggil Cikgu Ayu, wanita berkenaan berkata Nur Aira Mikayla serta sepupunya pada ketika itu teruja apabila pertama kali melihat kipas pengering lantai yang dipasang datuknya.

"Masa tu atuk dia nak keringkan lantai sebab nenek diaorang mop lantai jadi atuk hidupkan blower.

"Diaorang ni tak pernah nampak, biasa la budak-budak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) jadi dia main dengan sepupu dia, dia duk acah-acah masukkan tangan, masukkan kaki jadi saya dah tegur, sebelum ke dapur saya cakap Yayang jangan main macam tu," katanya.



Aira (kiri sekali) bersama keluarganya.

Ketika di dapur Cikgu Ayu tiba-tiba terdengar bunyi seakan-akan ada benda tersedut.

"Saya dengar bunyi 'zuup' macam benda tersedut jadi saya jerit dari dapur saya cakap Yayang main apa tu?.

"Bila saya keluar saya tengok dia dekat pangkuan nenek dia dah. Saya ni mak, biasa la saya pukul dia tapi bukan pukul beria cuma sebab geram.

"Masa tu mak saya kata jangan pukul tengok kaki dia berdarah, terus saya jadi blur, saya tak menangis, tapi saya tak tahu apa nak buat," katanya yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.



Blower yang kebiasaannya digunakan untuk mengeringkan lantai. (Gambar File) (Kredit : Lazada).

Jelas Cikgu Ayu dia yang pada masa itu pulang ke Kelantan untuk berpantang anak ketiganya, kemudian membawa Aira ke Hospital Kubang Kerian.

"Saya masa tu baru lepas pantang jadi tak boleh nak dukung dia, sepupu dia yang tolong dukung dia ke hospital.

"Doktor X-ray kaki dia doktor kata nasib baik tak kena tulang atau saluran darah kalau tak kaki dia kena potong... Alhamdullilah.

"Tiga jari dia cedera, ibu jari terbelah lepas tu dua lagi tu macam kulit terkupas, jadi esoknya doktor bawa masuk bilik pembedahan jahit semula jari kaki dia... ada dalam lima atau enam jahitan dia kena," katanya.



Aira menerima beberapa jahitan di ibu jari serta dua lagi jari kakinya.

Menurut Cikgu Ayu, kaki Aira kini semakin pulih namun dugaan buat anaknya itu tidak hanya berhenti di situ.

"Seminggu selepas dia keluar wad pasal kaki dia, dia masuk Hospital Kota Bharu pula sebab terkena campak dan dia alah kepada ubat.

"Memang anak yang kedua ni ujian dia banyak sikit, sebelum ni dia pernah masuk mStar juga sebab dia main slime habis melekat dekat rambut," katanya.

Menurut Cikgu Ayu, kejadian yang menimpa Aira menyebabkan bapanya membuat keputusan untuk menyimpan terus blower tersebut.

"Memang tak akan bawa keluar dah, atuk rasa bersalah jadi dia tutup," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain