suria

Sayang sangat kat kakak! Adik sanggup bangun pagi setiap hari, salam kakaknya nak pergi tadika... kemudian sambung tidur

Aleeya berlari sebelum dipeluk kakaknya Alisha.

AWW! Sweet sangat, memang wajib senyum sorang-sorang kalau tengok video ini.

Itu reaksi orang ramai yang melihat video gelagat comel seorang kanak-kanak yang berlari ke arah kakaknya sebelum disambut dengan pelukan erat.

“Nampak kakak sayang sangat-sangat pada adik dia,” komen seorang netizen.

ARTIKEL BERKAITAN : Nak ikan kembung, dibelinya ikan Uji Rashid... si isteri dapat idea bantu suami beli barang dapur, yang penting tak tersilap lagi - "Kalau bab mengemas dia tip top"

ARTIKEL BERKAITAN : Dibuang kerja saat ibu terlantar sakit... graduan UIAM percaya rezeki lebih besar menanti, mahu kumpul pahala jaga insan tersayang

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak berkenaan, Suhaida Sulaiman, 28, berkata video spontan itu diambil ketika dia pergi menjemput anak sulungnya Nur Alisha Zahra Darol Syah, yang berusia lima tahun dari tadikanya.

Suhaida yang mesra dipanggil Ieda berkata, walaupun terkejut melihat tindakan dua beradik itu, dia bagaimanapun berasa sangat bahagia menyaksikan keakraban dua beradik itu.

“Video ni diambil secara spontan je saya sendiri tak expect si adik, Nur Aleeya akan pergi dekat kakak macam tu, memang kebetulan saya rakam.

“Bila balik rumah baru perasan alahai lovingnya.

“Perasaan saya masa tengok tu rasa bahagia sangat sebab mereka rapat macam tu, memang wajib senyum bila tengok video tu,” katanya yang menetap di Jitra Kedah.



Keluarga kecil Suhaida.

Menurut Ieda, Alisha dan Aleeya yang berusia satu tahun empat bulan sememangnya sangat rapat sehinggakan si adik akan bangun untuk bersalaman dengan kakaknya setiap pagi sebelum ke tadika.

“Tiap-tiap pagi sebelum kakak pergi sekolah memang dia akan bangun salam kakak dulu kemudian akan sambung tidur semula, dalam pukul 10 atau 11 pagi baru dia bangun cari kakak.

“Tapi tak pernah la dia menangis, dia cuma akan cari,” katanya yang berasal dari Rompin, Pahang.



Alisha (kiri) dan Aleeya suka pakai baju sedondon.

Menurut peniaga dalam talian ini, anaknya juga akan 'demand' untuk berpakaian sedondon serta makan pada waktu yang sama.

“Kebanyakan barang-barang diaorang semua sama, pakaian wajib sedondon, kalau tak sedondon kakaknya marah, waktu makan pun sama-sama,” katanya.

Namun menurut Ieda walaupun rapat, dua beradik tersebut kerap juga bergaduh antara satu sama lain.

“Mereka bergaduh kerap juga sebab si adik selalu buat kakak, kakak ni jenis lembut sikit tapi selalu bergaduh tu sekejap jela.

“Lepas tu baik semula,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain