suria

Sanggup bergelap, tidur berlantaikan batu... warga emas dijemput Ilahi seminggu sebelum terima kunci rumah baharunya - “Mek dah buat majlis doa selamat”

Rumah baru Mek dibina di atas tapak rumah asalnya yang terbakar pada bulan Mac lalu.

DIA teringin sangat tinggal di rumah baharunya itu sehinggakan sanggup pindah masuk walaupun terpaksa tidur di atas lantai berbatu dan dalam keadaan bergelap.

Namun, siapa sangka ajalnya tiba seminggu sebelum rumah tersebut diserahkan kepadanya secara rasmi.

Kelthom Samat, 73, disahkan meninggal dunia pada Jumaat lepas (8 Oktober) selepas mengalami cirit-birit selama beberapa hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ajelah! Selalu kacau si kembar baru tidur, ‘culik’ bawa balik rumah... anak layankan saja perangai atuk nakal suka sakat cucu

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih layan cucu rakam video, nenek sporting tak sedar rupa-rupanya kena prank... siap suruh rakam semula sebab tak pakai tudung elok-elok

Anak sulungya, Laila Abdul Rahman, 56 berkata, ibunya yang mesra dipanggil Mek itu sebelum ini menolak untuk tinggal bersamanya dan berkeras untuk tinggal di rumah yang sedang dalam proses pembinaan itu walaupun ia bermakna dia terpaksa hidup dalam kegelapan.

Jelasnya rumah yang dibina badan bukan kerajaan MyFundAction dibawah projek Rumah Impian itu, dibangunkan di tapak asal rumah Mek yang terbakar pada 10 Mac lalu akibat lintar pintas.

“Masa Mek masuk rumah tu lantai berbatu tak bersimen pun lagi, dinding tak plaster, tingkap tak pasang, elektrik pun tak ada.

“Tapi Mek berkeras nak duduk rumah tu sebab rumah tu dibina atas tapak rumah asal yang juga tanah hasil usaha dia dengan arwah ayah yang telah lama meninggal disebabkan Tibi.

"Akak sempat teman dia tidur atas tanah ni, nasib ada tikar orang bagi teman dia sebab dia nak sangat duduk sini jadi kita pakai pelita," katanya yang menetap di Felda Palong 2, Gemas, Negeri Sembilan.



Mek meninggal akibat cirit birit.

Menurut Laila, ibunya bagaimanapun sempat merasa tinggal di rumah yang telah siap sepenuhnya selama empat hari sebelum meninggal di rumah terbabit.



Rumah baru Mek dibina di atas tapak asal rumahnya yang terbakar Mac lalu.

Laila yang ditemui sewaktu majlis penyerahan kunci pada Khamis, 14 Oktober berkata, dia sedikit terkilan ibunya tidak menerima sendiri kunci rumah dua bilik yang dibina dengan kos mencecah RM50,000 ini.

“Rasa sedih sangat sebab Mek dah semangat nak duduk rumah baru tu tapi tak sempat terima kunci.

“Dia dah buat majlis doa selamat, makan-makan walaupun rumah tak lengkap lagi,” katanya.



Mek tidak sempat hadir ke majlis penyerahan kunci rumah terbabit yang diadakan semalam.

Kini, Mohamad Hasim Mohamad Hesan, 30, cucu yang menjaga Mek ketika masih hidup memikul tanggungjawab menjaga rumah tersebut bersama lima anaknya.

Sementara itu pengurus Projek Rumah Impian, Lenny Noor Diana, 30, rumah tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada Jun lalu namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, rumah tersebut tak mampu disiapkan tepat pada waktunya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain