suria

Rezeki terjejas! Sayu, ‘beruang’ pemalu tunggu peminat tak kunjung tiba di tepi pantai... malam jadi runner - “Dapat RM5 pun dah syukur”

Zack (tengah) terkesan dengan pendapatan yang terjejas sebagai penghibur jalanan dengan kostum beruang.

BUKAN mudah untuk menjadi penghibur jalanan ketika pandemik Covid-19 yang mana tidak ramai yang keluar rumah berbanding kebiasaan.

Apatah lagi cuaca panas yang melanda negara ketika ini, menyukarkan lagi golongan ini terutama yang memakai kostum untuk mencari rezeki.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @arifflubis, seorang pemuda berpakaian kostum beruang hanya duduk mengenang nasib di tepi pantai Klebang, Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini bergelar polis... pernah buat 2 kerja lain, bekas pramugara reda plan asal balik kampung tak menjadi - "Pernah ceramah remaja mencuri sampai menangis"

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah buat 2 kerja sambil belajar, pelajar tak datang konvo hanya sebab gagal dapat anugerah dekan kini raih jualan RM40,000 sebulan - "Pendidikan tetap penting"

Pemuda berkenaan, Mohamad Ruzaini Mohd Rezal memberitahu, dia mula mencari pendapatan sampingan dengan memakai kostum beruang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu berakhir.



Zack beraksi dengan kostum beruang. foto instagram arifflubis90

Dia bagaimanapun berkata, pendapatannya terjejas akibat PKP 2.0 di Melaka awal tahun ini, dan bilangan pengunjung di Pantai Klebang masih berkurangan meskipun negeri bersejarah itu telah berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 4 Mac lalu.

"Pendapatan jadi 'beruang' ni masih terjejas. Ia mungkin disebabkan oleh cuaca panas selain kebimbangan untuk berada di tempat tumpuan ramai berikutan penularan wabak.

"Upah saya hiburkan orang termasuk sesi bergambar ni tak ada bayaran tetap. Ikut seikhlas hati mereka nak bayar berapa. Purata boleh dapat kira-kira RM50 sehari, bila kurang orang dapat RM5 pun dah bersyukur," katanya kepada mStar.



Membaiki penyaman udara kenderaan di sebelah pagi.

Lebih mesra disapa Zack, katanya, dia sebenarnya merupakan seorang yang pemalu, pendiam dan kurang bercakap dengan orang ramai.

"Jadi, saya pakai kostum ni untuk cubaan saya menghilangkan rasa malu dan lebih berani berhadapan dengan ramai orang termasuk menghiburkan mereka.

"Bila mereka terhibur, secara tidak langsung saya juga terhibur yang membuatkan saya lebih yakin," ujarnya yang berasal dari Paya Rumput, Melaka.



Menghantar barang di sebelah malam.

Walaupun tugasnya kelihatan mudah, tapi menyarung kostum beruang itu sememangnya mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal.

"Nak buat orang yang tidak dikenali terhibur dengan kita bukannya mudah. Cuaca panas dan hujan juga ujian, kalau tak berpeluh, ada kalanya basah.

Nak buat orang yang tidak dikenali terhibur dengan kita bukannya mudah. Cuaca panas dan hujan juga ujian, kalau tak berpeluh, ada kalanya basah.

MOHAMAD RUZAINI MOHD REZAL

"Pernah satu hari hujan lebat. Saya tak sempat cari tempat berteduh, habis basah kostum saya. Kepala beruang tu ambil masa untuk kering, menyebabkan esoknya saya tak dapat keluar cari duit dengan kostum tu," katanya.

Dalam pada itu, Zack yang merupakan anak tunggal berkata, dia mempunyai pekerjaan tetap membaiki penyaman udara kenderaan dari pagi hingga petang, sejak tahun lepas.



Zack berhasrat untuk membeli rumah sendiri.

Pada sebelah malam, dia turut melakukan kerja sampingan sebagai runner bagi menghantar barang dan makanan sehingga tengah malam.

"Dalam keadaan sekarang, saya perlu cari duit lebih untuk menyara kehidupan saya dan ibu tunggal yang bekerja di sebuah kilang.

"Sekarang ni kami tinggal menyewa, jadi saya mahu cari duit lebih untuk simpanan bagi membolehkan saya membeli rumah sendiri nanti," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain