suria

Pelancong pakat serbu Langkawi ketika pandemik, kru penerbangan dicop ‘kacak tapi IQ rendah’ selepas beri pendapat - “Boleh nampak komen mereka tak bijak”

Ayie berpandangan, netizen tidak seharusnya bersikap pukul rata terhadap mana-mana individu yang berkunjung ke Langkawi ketika pandemik Covid-19 belum berakhir.

PENULARAN Covid-19 tidak menjadi halangan untuk rakyat negara ini berlibur sempena cuti Tahun Baharu.

Pulau peranginan terkenal, Langkawi misalnya turut menjadi bualan ramai dek kebanjiran pelancong dalam tempoh itu.

Bagaimanapun, timbul kebimbangan apabila ada individu dilaporkan positif Covid-19 sejurus pulang dari lokasi pelancongan terkenal di negeri Kedah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tak senang, doktor wanita disahkan positif Covid-19... puncanya pesakit tak jujur - “Sedih berpisah dengan anak-anak, suami”

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

Di Twitter pula, kecoh apabila seorang kru penerbangan yang juga ejen insurans berkongsi pendapat peribadi mengenai hal itu.

"Tak semua pengunjung Langkawi tak ikut prosedur operasi standard (SOP). Jangan disebabkan seorang dua yang positif Covid-19, kamu hukum semua pengunjung Langkawi.

"Mana lagi bahaya berkunjung ke Langkawi (zon hijau) dengan berjalan-jalan di pusat beli-belah (zon merah)?" tulis Mohd Suhairi Zakaria.

Ayie secara peribadi melihat terdapat dua jenis pelancong di Langkawi.

Mesra disapa Ayie, jejaka berusia 30 tahun itu berkata tidak wajar untuk orang ramai menghukum semua individu yang berkunjung ke pulau berkenaan.

Malah sepanjang tiga hari berada di sana baru-baru ini, dia sendiri turut menyaksikan pelbagai ragam manusia yang datang melancong tatkala pandemik belum lagi reda.

"Saya cuma pergi rehatkan minda di sana. Ada masa cuti, apa salahnya ke sana. Apa yang saya nampak, ada dua jenis pelancong di sana.

Kalau dah smapai menghina paras rupa, maki-maki serta body shaming, boleh nampak komen mereka tak bijak.

AYIE

"Pertama yang patuh SOP, kedua yang tak patuh sangat SOP. Itu maksud tweet saya yang sebenarnya. Kita tak boleh pukul rata.

"Ada yang pergi sana sebab nak berehat, hilangkan stres dan sebagainya. Kalau pergi untuk berparti sampai tak ikut SOP, itu yang salah," ujarnya.

Menurut jejaka yang menetap di Sepang, Selangor itu, dia sedar mengenai respons berbeza-beza yang diterima di Twitter.

Antara komen kasar yang ditulis di Twitter gara-gara tidak bersetuju dengan kenyataan Ayie.

Malah katanya, dia turut membaca beberapa tweet yang ditulis dalam bahasa kasar gara-gara tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikongsi olehnya.

"Tipulah kalau tak kisah. Mereka salah faham, ingat semua yang pergi sana nak enjoy je. Ia bergantung pada diri sendiri.

"Bagi saya semua ada pandangan masing-masing. Tapi ada komen yang tak fikir perasaan orang. Kalau nak kongsi pandangan saya tak kisah.

"Kalau dah smapai menghina paras rupa, maki-maki serta body shaming, boleh nampak komen mereka tak bijak," ujarnya.

Perbezaan pendapat bukan tiket untuk mengeluarkan komen kesat di media sosial, kata Ayie.

Antara kejian yang diterima di laman sosial itu termasuklah yang menggelarkan dirinya berwajah tampan tapi bodoh dan banyak lagi.

Namun kata Ayie, dia tidak mahu memanjangkan perkara itu dan ingin meraikan perbezaan pendapat antara netizen.

"Ada tempat sesak, ada tempat yang tak sesak. Kalau kita ikut SOP, kita boleh kurangkan risiko jangkitan.

"Selain bercuti, kita juga nak bantu ekonomi negara. Tapi kenalah ikut SOP," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain