suria

Lagi kes pelajar kena scam bilik sewa! Taktik licik sampai kebas deposit RM310... ‘Masyitah’ terus lesap - “Harap dia unblock dan minta maaf, itu dah cukup”

Gadis bernama Aliya kerugian RM310 selepas menjadi mangsa scam individu bernama Masyitah.

BARU beberapa hari lalu tular kisah sekumpulan pelajar universiti yang menjadi mangsa ejen rumah sewa, kini kisah serupa menimpa seorang penuntut wanita pula.

Menerusi satu bebenang di Twitter, mangsa kerugian RM310 selepas membayar deposit untuk menyewa sebuah bilik 'single' kepada individu tidak bertanggungjawab yang lesap tanpa khabar berita selepas menerima wang berkenaan.

"Satu lagi kisah yang hampir sama. Scam rumah sewa Apartment Vista Angkasa (7-3-5), ini kisah kawan aku, mintak tolong RT sampai jumpa dia ni. Aku merayu sangat! Sebab dia dah block kawan aku dan deposit dah bayar. Walau sikit, tapi student kan, RM310 banyak," demikian perkongsian yang dimuat naik di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 pelajar universiti terjerat dengan seorang ejen rumah sewa, deposit lesap kunci tak dapat! - “Kami menangis mana nak tidur malam pertama”

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer ‘alim’ gigih buat drama sedih di surau, acah-acah ambil wuduk selepas sedar tersalah pilih mangsa!

Berkongsi cerita dengan mStar, penuntut yang hanya mahu dikenali sebagai Aliya berkata, dia sendiri tidak menyangka menjadi mangsa scam memandangkan modus operandi yang digunakan individu berkenaan begitu lancar sehingga tiada langsung tanda-tanda meragukan.

"Saya sedang cari rumah sewa yang berdekatan dengan stesen tren Taman Universiti. Kemudian terjumpalah satu iklan di laman mudah.my. Dengan gambar bilik cantik ditambah pula harga yang agak rendah, siapa tak mahu.

"Harga RM310 untuk sebuah bilik di kawasan yang strategik, bagi saya agak murah. Saya ada survey iklan lain juga, kebanyakannya RM400 ke atas. Jadi memang terus hubungi orang tersebut untuk 'lock'", cerita wanita berusia 25 tahun ini.

Tambah Aliya, tiada langsung timbul perasaan ragu-ragu ataupun sebarang perkara pelik dikesan sepanjang dia berurusan menerusi aplikasi Whatsapp dengan individu bernama 'Masyitah' itu.



Perkongsian yang dibuat oleh rakan Aliya di Twitter mengenai penipuan seorang individu dikenali sebagai 'Masyitah'.

"Waktu Whatsapp tu memang langsung tak nampak meragukan sebab gambar profil dia terang cantik, kemudian cara dia balas pun tak nampak scam langsung. Tapi sudah tentu dia guna gambar orang lain.

"Cuma bila nak tengok rumah, dia beri alasan berada di kampung sebab bekerja dari rumah. Tak syak pula sebab sekarang ni memang musim Covid-19, rata-rata kerja dari rumah. Memang taktiknya licik dan meyakinkan sehingga saya setuju bank-in untuk 'lock' bilik tu.

"Tapi bila tanya semula nak tengok bilik, terus tak respond dan dia sekat nombor saya pula," katanya yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Tak lama lepas share, ada tiga individu hantar Direct Message (DM) dan beritahu mereka hampir jadi mangsa.

ALIYA

MANGSA

Menurut Aliya, dia sudah membuat laporan polis dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

"Tapi saya rasa lebih baik kita juga main peranan untuk hebahkan perkara ini supaya tak jadi kepada orang lain pula. Memang pun, tak lama lepas share, ada tiga individu hantar Direct Message (DM) dan beritahu mereka hampir jadi mangsa.

"Mujur mereka baca posting di Twitter... ternyata mereka juga hampir diperdaya orang yang sama," katanya lagi.



Tangkap layar perbualan di aplikasi Whatsapp di antara Aliya dengan 'Masyitah'.

Menurut Aliya, insiden yang berlaku membuatkannya lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scam sekali lagi.

"Saya masih lagi mencari rumah sewa... serik ada tapi kena juga cari. Cuma kena berhati-hati. Kawan saya nasihatkan jika dapat rumah atau bilik sewa, pastikan ada kontrak atau hitam putih supaya tak ditipu.

"Saya reda apa yang berlaku. Mungkin tiada rezeki saya. Cuma kalau betul la dia pun perlukan wang, tak perlu buat macam ni... menganiaya orang. Kalau boleh, saya harap dia 'unblock' dan minta maaf, itu sudah cukup," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain