suria

Ngeri bayangkan semula, doktor dedah punca orang kerap hilang jari – “Saya dah lihat tangan bersepai, lengan robek, paha terbelah...”

(kiri) Dr Kamarul menceritakan tentang pesakit kehilangan jari. Foto Instagram dr_chaku (kanan) Keadaan jari yang putus akibat kemalangan. Gambar hiasan

BAK kata pepatah, malang tidak berbau.

Tapi manusia juga mempunyai akal untuk mengambil langkah keselamatan, sekali gus mengelakkan diri daripada ditimpa kecelakaan.

Seorang doktor mendedahkan mengenai nasib malang mangsa yang kehilangan jari selepas terkena mesin pencanai atau grinder.

ARTIKEL BERKAITAN: Digelar 'doktor kiriman tuhan' tapi tak mampu selamatkan bayi pramatang... jantung berdegup laju jam 1 pagi - "Jika hidup sampai esok pagi, itu keajaiban"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami dituduh pembunuh" - Doktor kongsi tak mudah berdepan saat kematian, sampai satu tahap perlu patuh pada ketentuan

"Kena grinder? Potong kayu? Dah agak dah..., ” ujar seorang doktor yang mengimbas kembali insiden orang lain membabitkan peralatan itu.

"Selama saya jadi doktor, antara punca yang kerap menyebabkan orang kehilangan jari adalah terkena mesin pencanai, terutama apabila menggunakan mesin itu untuk potong kayu," tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di halaman Facebook sehingga dikongsi lebih 2,000 kali.



Mesin pencanai atau grinder. Foto Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dr Kamarul tampil memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak menggunakan mesin pencanai untuk memotong kayu.

"Ya, memang ada mata pemotong kayu yang dijual di kedai, untuk digunakan pada mesin pencanai, tapi ia tak patut digunakan.

"Angkara salah guna mesin pencanai ini, saya dah lihat jari terputus, tangan bersepai, lengan robek, paha terbelah, muka sopak, dan banyak lagi kecederaan lain.

"Ngeri bila bayangkan semula. Ada juga yang kehilangan nyawa," ujarnya yang kini merupakan pengarah di sebuah pusat rehabilitasi dan fisioterapi di Johor.



Malang tidak berbau, sehingga mengakibatkan kecederaan.

Dr Kamarul yang berpengalaman dalam bidang perubatan hampir 10 tahun memberitahu, mesin pencanai berputar pada RPM atau putaran per minit yang sangat tinggi.

"Semasa potong kayu, risiko untuk kayu melenting (kick back) sangat tinggi, terutama jika kayu tidak dipegang kemas.

Jika kayu pun boleh dipotong, bayangkan jika terkena tubuh badan kita. Memang nahas jawabnya

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

"Apabila kayu melenting, mesin pencanai boleh melantun dan terkena anggota si pemotong. Jika kayu pun boleh dipotong, bayangkan jika terkena tubuh badan kita. Memang nahas jawabnya," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa mesin pencanai tidak wajar digunakan untuk memotong kayu, dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri.



Perkongsian Dr Kamarul mengenai bahaya penggunaan mesin pencanai.

"Walaupun ada guna pemegang khas atau pelindung mata pemotong, tetap berbahaya untuk potong kayu.

"Jika nak potong kayu, sila gunakan mesin yang direka khas untuk memotong kayu, contohnya circular saw, jig saw dan gerjaji tangan (hand saw).

"Mohon tuan-tuan yang bertukang secara profesional atau DIY (do it yourself), agar elakkan guna mesin pencanai untuk memotong kayu. Mohon puan-puan ingatkan pada suami tentang hal ini juga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain