suria

Pasangan ini kenyang ‘dessert’ sampai ke malam, video isteri makan imbas insiden PKP – “Lama tertunda, kali ini kami pecah rekod”

(kiri) Isteri Ash ketika menjamu pencuci mulut di sebuah restoran. (kanan) Hajat untuk bercuti di Pulau Perhentian akhirnya direalisasikan. Foto ihsan Wan Muhammad Ashril Wan Adnan

SEDAPNYA! Begitulah gambaran bagi mereka yang menyaksikan video yang dirakamkan oleh seorang suami di laman sosial sehingga menjadi tular.

Keasyikkan isterinya menikmati beberapa hidangan yang kesemuanya manis-manis dari minuman, wafel hingga pencuci mulut membuatkan netizen terliur.

"Yeapp saya manjakan isteri dengan makanan," tulisnya di akaun Twitter @Ashril_92 dengan video isterinya menikmati makanan manis itu diulang kicau lebih 6,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami sedih tak jadi 'repeat' aktiviti bulan madu, sekali Neelofa bagi hadiah - "Saya sebenarnya tak tahu pun..."

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya ustaz! Sekali lagi terserlah sisi romantis Ebit Lew saat kejutan birthday buat bidadari tercinta - "Empat kali 'mati' untuk abang..."

Wan Muhammad Ashril Wan Adnan memberitahu, video tersebut dirakam ketika keluar bersama isteri ke sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, baru-baru ini.



Asyik menikmati wafel dengan menu baharu.

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata, kunjungan mereka itu kerana mahu ke cawangan baharu rangkaian restoran yang terkenal dengan sajian manis dan pencuci mulut.

"Kami sampai antara pukul 5 dan 6 petang. Kebetulan ada menu baharu, jadi kami pun nak cuba. Isteri memang suka makanan manis, jadi dialah yang paling seronok dan dia tahu saya rakam video dia makan, ” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Ash, katanya, dia dan isteri pada awalnya bercadang untuk menikmati sajian manis itu untuk hidangan petang sebelum bersiar-siar di pusat membeli-belah.

Biasanya kami ambil hidangan berat untuk makan malam seperti nasi atau western. Ini kira pertama kali kami tak makan sebab kenyang dessert

WAN MUHAMMAD ASHRIL

"Tapi tak sangka portion wafel tu banyak sangat. Itupun sebahagian besarnya isteri yang makan sebab saya tak berapa gemar dengan makanan manis.

"Sudahnya kami bungkus dan makan sepanjang berada di shopping mall. Tapi kenyangnya sampai kami tak makan malam hari tu.

"Biasanya kami ambil hidangan berat untuk makan malam seperti nasi atau western. Ini kira pertama kali kami tak makan sebab kenyang dessert tu masih terasa," ujarnya yang merupakan jurugambar profesional.



Kenangan ketika bercuti sempena hari ulang tahun perkahwinan.

Video tersebut mengimbas semula satu lagi video yang menghimpunkan lebih 20 klip rakaman isterinya menikmati makanan dan minuman, yang dibuat sempena ulang tahun kedua perkahwinan pasangan itu.

Ketika itu, Ash terpaksa melupakan hasratnya untuk membuat kejutan sempena hari istimewa 23 Mac, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Menurut Ash, dia dan isterinya sepatutnya berkunjung ke Pulau Perhentian di Terengganu pada 20 Mac, yang telah dibuat tempahan pakej percutian lebih awal.



Pasangan ini bercuti di Terengganu selama dua minggu.

"Lama juga tertunda dan setelah kira-kira tiga bulan, saya dan isteri akhirnya dapat bercuti ke Pulau Perhentian pada akhir bulan lalu (Julai).

"Kami berdua pecah rekod. Saya sebelum ini tidak pernah pergi ke Terengganu kecuali terus ke Pulau Perhentian, manakala isteri pula belum pernah ke Pulau Perhentian," katanya.

Ash berkata, sambutan ulang tahun perkahwinan yang tertunda akibat PKP akhirnya direalisasikan dan mereka memutuskan untuk bercuti lebih lama di Terengganu.

"Kami bercuti selama dua minggu. Di Pulau Perhentian tiga hari dua malam dan selebihnya di tempat-tempat lain di Terengganu, tinggal di homestay dan jalan-jalan cari makan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain