suria

Anak Terengganu kongsi itinerary RM250 ke Pulau Mabul bikin ramai teruja... siap ada bot lutsinar terapung di laut - “Saya nak  tengok view sambil layan perasaan”

Syahid berkunjung ke sana pada Jumaat lalu selama dua hari satu malam.

TIDAK perlu terbang jauh ke luar negara, Malaysia sendiri banyak menawarkan lokasi pelancongan yang memukau untuk rakyatnya dan pelancong asing.

Terbaharu, perkongsian seorang penjawat awam mengenai kunjungannya ke Pulau Mabul yang terletak di Sabah turut mengundang perhatian ramai.

Mana tidaknya, pemuda berusia 31 tahun dikenali sebagai Ahmad Syahid Salleh mendedahkan dia hanya menghabiskan RM250 sahaja sepanjang dua hari satu malam menginap di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bercuti 30 minit dari rumah je, tapi gaya macam nak ke luar negara... aksi catwalk gadis Pasir Gudang bikin ramai terhibur - “Kalau bab OOTD memang laju”

ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Girls trip dari KL-Thailand untuk makan-makan jadi perhatian, ‘part’ naik tren buat ramai teruja - “Rasa macam filem Hindustan”

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Syahid memperincikan semula kisah kunjungannya ke pulau itu selepas banyak menerima pertanyaan menerusi laman Twitter.

"Saya pergi dua hari satu malam sahaja pada Jumaat lepas. Saya memang bekerja di Sabah sejak tujuh tahun lalu.

Syahid sudah tujuh tahun berkhidmat di Sabah.

"Apa yang saya kongsikan, kos RM250 itu merupakan kos untuk atas pulau itu sahaja dengan tambang bot ke sana.

"Ia tidak termasuk kos perjalanan bagi mereka yang duduk di semenanjung dan sebagainya. Lepas post di Twitter, ramai juga yang tanya macam mana nak pergi ke sana.

Saya datang tengok view sambil layan perasaan. Snokerling pun kat depan chalet. Memang cantik.

AHMAD SYAHID SALLEH

"Saya pun tiada masalah nak berkongsi maklumat yang saya tahu. Tapi saya memang ada kawan di Tawau sekaligus memudahkan perjalanan ke sana," ujarnya.

Berasal dari Terengganu, Syahid berkata ia merupakan kunjungan pertamanya ke Pulau Mabul.

Foto bot lutsinar yang mencuri perhatian ramai.

Malah, dia mengakui bersetuju dengan gelaran Little Maldive yang diberikan kepada pulau itu memandangkan panorama di sana cukup indah, setaraf lokasi pelancongan di luar negara.

"Sekarang tak ramai pelancong di Mabul. Harga penginapan pun murah. Saya terkejut pergi ke sana, harga barang runcit murah. Tak perlu bawa makanan sendiri dari darat.

Syahid berada di Pulau Mabul selama dua hari satu malam.

"Tempat inapan saya juga ada sediakan makanan. Paling menarik, bot lutsinar yang disediakan di sana. Ramai juga yang tertarik selepas tengok gambar-gambar dikongsi di Twitter," ujarnya lagi.

Sewaktu berada di sana, Syahid juga sempat membuat aktiviti snokerling di kawasan penginapannya.

Antara foto yang dikongsi Syahid di Twitter.

"View kat sini memang lawa. Saya datang tengok view sambil layan perasaan. Snokerling pun kat depan chalet. Memang cantik permandangannya.

"Selain chalet dan resort, kat sana juga ada kampung. Seronok datang sini," ujarnya lagi.

Keindahan panorama di Pulau Mabul.

Dalam pada itu, posting Syahid yang kini tular di Twitter turut menerima lebih 4,200 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen turut meluahkan hasrat berkunjung ke lokasi itu memandangkan Malaysia belum membuka pintu sempadan dek penularan Covid-19 yang masih belum berpenghujung.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain