suria

Pelajar PhD menangis terkejut! Housemate cun melecun pengotor teruk, sanggup hidup bersama tikus berkeliaran

Seorang wanita kecewa dan terkilan dengan sikap rakan serumahnya yang pengotor hingga tergamak membiarkan rumah mereka menjadi sarang tikus dan ulat.

"PENYEWA dari neraka! Muka cantik, putih kemerahan, ayu dan jelita tapi sayang sekali pengotor!"

Demikian kata-kata yang diluahkan seorang pelayar Twitter gara-gara bengang dengan sikap salah seorang rakan serumahnya yang tergamak membiarkan rumah sewa mereka dalam keadaan kotor sebelum berpindah keluar.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, pelayar berkenaan turut memuatnaik beberapa keping gambar keadaan rumah yang bersepah, tunggang langgang dan jijik sehingga mengundang kehadiran 'makhluk' lain.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

ARTIKEL BERKAITAN: “Rupa-rupanya ghaib dah empat bulan” - Anak simpati nasib ibu dapat ‘penyewa hantu’, alasan diberi langsung tak masuk akal

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 14,700 retweet dan 11,000 like selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib 'malang' yang menimpa pelayar berkenaan.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Norazirah Buang berkata, keadaan 'huru hara' rumah tersebut disedari sebaik sahaja dia tiba dari kampung pada Selasa lalu memandangkan kuliahnya akan bermula tidak lama lagi.



Jijik! Keadaan dapur yang kotor yang tidak dibersihkan sehingga menimbulkan bau yang busuk.

"Rumah jenis flat itu kami tinggal tiga orang termasuk wanita itu. Hanya dia yang bekerja, manakala saya dan seorang lagi masih belajar.

"Memandangkan kerajaan tangguh kuliah disebabkan Covid-19, kami berdua pulang ke kampung sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dia tinggal seorang di rumah sepanjang tiga bulan lebih tempoh PKP.

"Alangkah terkejutnya kami bila sampai, keadaan rumah teruk sangat. Buka saja pintu terus bau bangkai! Sampah tak dibuang, sisa makanan masih berbaki dalam periuk, tikus lari berkeliaran dan ulat-ulat penuh di lantai," katanya.



Barangan milik penyewa berkenaan yang terpaksa dibuang kerana menjadi sarang tikus.

Melihatkan keadaan tersebut, Norazirah berkata dia terlalu sedih bukan sahaja mengenangkan terpaksa membersihkan rumah, malah ada beberapa barangan elektrik miliknya rosak.

"Bayangkan, tikus siap berlari-lari di dalam rumah. Orang lain yang punya angkara, tapi orang lain yang kena hadap. Malam tu saya menangis bila telefon mak.

"Esoknya masa saya dan seorang rakan serumah sedang berkemas, tuan rumah datang. Dia terkejut bila tengok keadaan rumah sewanya. Lebih sedih, peti sejuk yang disediakan rosak.

"Saya suarakan mahu peti baharu, tapi dia terdiam dan matanya bergenang. Tak sampai hati nak minta, saya beritahu untuk cuba usahakan minta bantuan ramai di Twitter. Alhamdulillah, tak sangka ramai sangat yang prihatin sampai beri sumbangan wang dan barang-barang," ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Saya ada hubunginya untuk beritahu pasal ni, tambahan pula bil elektrik sepanjang dia tinggal masa PKP pun tak bayar. Tapi tak ada jawapan. Mungkin juga saya kena sekat.

NORAZIRAH BUANG

RAKAN SERUMAH

Sehingga kini menurut Norazirah, hampir 80 peratus rumah sewa tersebut sudah dibersihkan dan siap dicat serta dipasang tikar getah baharu hasil sumbangan ramai.

"Dari Selasa lalu hingga hari ini (Ahad), kami tak berhenti-henti mengemas. Pakcik tuan rumah yang berusia 75 tahun ni juga yang banyak bantu kami buang sampah, cuci rumah.

"Sudahlah dia sewakan rumah dengan harga yang murah, tapi macam ni pula nasibnya," cerita penuntut Ijazah Kedoktoran (PhD) jurusan Psikologi Pendidikan di Universiti Putra Malaysia ini.

Sepanjang lebih setahun tinggal bersama dengan penyewa berkenaan, Norazirah berkata dia sama sekali tidak menyangka wanita itu begitu pengotor.



Keadaan dapur selepas dikemas dan dibersihkan.

"Orangnya memang cantik, penampilan pun cantik tapi tak sangka ia tak sepadan dengan perangai. Sepanjang tinggal bersama, saya tahu dia agak pemalas tapi tak tahu pula pengotor sampai macam ni.

"Saya ada hubunginya untuk beritahu pasal ni, tambahan pula bil elektrik sepanjang dia tinggal masa PKP pun tak bayar. Tapi tak ada jawapan. Mungkin juga saya kena sekat," katanya.

Tambahnya lagi, perkongsian tersebut sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan wanita berkenaan, namun mahu empunya diri sedar akan perbuatannya selain memberi pengajaran kepada orang lain.



Peti ais, perabot, barangan elektrik, tikar getah dan cat yang disumbangkan orang ramai.

"Saya tak ada niat nak aibkan pun sebab saya tak beritahu nama atau muatnaik gambarnya. Cuma mahu kisah ini jadi pengajaran bersama. Sebagai penyewa, kita ni menumpang jadi kena jaga harta tuan rumah.

"Saya juga nak berterima kasih kepada semua yang tak lokek membantu. Saya respect sangat dengan rakyat kita yang memang sangat prihatin.

"Hasil sumbangan tersebut, Alhamdulillah kami dapat beli peti sejuk untuk gantikan yang telah rosak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
penyewa, pengotor, ayu, peti sejuk, tikus, PKP

Artikel Lain