Pinggan ayan pula jadi trend... nampak klasik dan vintaj, tapi boleh mudaratkan kesihatan kalau salah pilih!

Ramai yang menggilai pinggan dan mangkuk ayan ketika ini tanpa menyedari risiko sekiranya tersalah pilih.

SELEPAS pinggan mangkuk warna warni dengan corak menarik menjadi kegilaan ramai, kini timbul pula obsesi baharu dalam kalangan suri rumah.

Pinggan viral yang menjadi buruan ramai ketika ini adalah pinggan ayan atau dikenali sebagai 'enamelware'.

Dengan reka bentuk vintaj, berwarna pastel dan kelihatan klasik, pinggan ini kembali mencuri perhatian ramai sehingga ia mudah didapati secara dalam talian (online).

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik tapi bahaya... Pinggan mangkuk corak timbul diperbuat daripada plumbum - “Jangan hidang untuk kanak-kanak, wanita hamil”

ARTIKEL BERKAITAN: Hobi kumpul pinggan mangkuk tak sia-sia... Kalau jual boleh cecah RM40,000!

Dalam keghairahan mengikut trend, namun sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa pinggan jenis ini tidak sesuai untuk kegunaan harian.

Menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia (PHM), penggunaan pinggan jenis ini dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang sekiranya berlaku kerosakan.



Perkongsian di Facebook PHM mengenai pinggan ayan yang menjadi trend pada masa kini.

"Untuk menghasilkan pinggan mangkuk enamelware, asasnya adalah keluli, besi atau aluminium. Bahan tersebut akan disaluti dengan porselin pada tahap suhu tertentu.

"Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.

"Faktor keselamatan mungkin tidak terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui," menurut perkongsian tersebut.



Reka bentuk yang vintaj menyebabkan pinggan ayan diminati ramai.

Selain itu menurut perkongsian laman PHM lagi, pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.

"Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.

"Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak-anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser," demikian kongsi laman berkenaan.



Antara komen netizen terhadap perkongsian PHM.

Tambahnya, mereka yang baru berjinak-jinak atau mula terjebak dengan trend terbaharu ini dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.

"Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan atau pelapik pinggan lain," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih 7,500 shares selain dihujani ribuan komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pinggan ayan, trend, vintaj, viral

Artikel Berkaitan

Klik

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain