Hobi kumpul pinggan mangkuk tak sia-sia... Kalau jual boleh cecah RM40,000!

Mangkuk jenama CorningWare klasik ini kini menjadi buruan pengumpul barangan antik.

NAMPAKNYA hobi kaum ibu mengumpul pinggan mangkuk pelbagai jenama seperti CorningWare, Pyrex dan Noritake sampai penuh almari bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Mana tidaknya, set pinggan mangkuk CorningWare yang dulu dibeli dengan harga RM200 kini mungkin bernilai ribuan ringgit!

Malah mangkuk porselin dengan gaya 1970-an kembali menjadi buruan dan pengumpul hingga sanggup berbelanja demi mendapatkan koleksi rare.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas... Berulang guna botol air plastik boleh bawa padah!

Jadi tidak hairan apabila mangkuk CorningWare dijual sehingga USD10,000 (RM40,000) di eBay.

Mangkuk dengan corak cornflower biru ini dijual dengan harga USD10,000 di eBay. 

Ha! Apa lagi, cuba check koleksi anda dan ia mungkin bernilai puluhan ribu ringgit!

Menurut pakar porselin, Dean Six, mangkuk CorningWare bercorak yang tidak banyak dihasilkan berjaya dijual menerusi eBay dengan harga USD7,000 (RM28,000).

Menariknya, rekaan itu dianggap tidak popular ketika ia dilancarkan sekitar 1970-an.

Bagaimanapun tidak semua mangkuk CorningWare mempunyai nilai yang sama malah sesetengah corak flora mempunyai nilai lebih tinggi berbanding yang lain.

Daripada terbiar dan berhabuk dalam almari, apa kata jual kepada pengumpul tegar.

Mangkuk dengan corak Cornflower berwarna biru paling popular namun ia masih mempunyai nilai yang tinggi.

Itu tidak termasuk dengan rekaan Wildflower yang dihasilkan di antara 1977 hingga 1984 dan Floral Bouquet (1971 hingga 1975), ia boleh dijual sehingga USD10,000 (RM40,000) dalam talian.

Jadi kalau ada koleksi yang terbiar berhabuk dalam almari, apa kata jual kepada pengumpul tegar mangkuk klasik ini.

Jenama CorningWare sangat popular sebagai hadiah perkahwinan sekitar tahun 1970-an sehingga 1990-an. - THAT'S LIFE 

Artikel Berkaitan

Artikel Lain