Pening cari idea kejutan? Pawagam paling mewah di Malaysia bakal jadi lokasi ‘dating’ istimewa, siap boleh baring! - I-suke | mStar

Pening cari idea kejutan? Pawagam paling mewah di Malaysia bakal jadi lokasi ‘dating’ istimewa, siap boleh baring!

ADA masanya kita buntu mencari idea untuk membuat kejutan kepada orang tersayang.

Perkara paling biasa dilakukan ialah belanja makan di restoran sebelum berakhir dengan aktiviti menonton wayang.

Tapi itu gaya old fashion. Mengapa tak lakukan aktiviti ‘biasa’ berkenaan dengan cara yang lebih luar biasa! Macam mana?

Jika anda nak tahu, Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) kini menawarkan pengalaman menonton wayang lebih mewah dan santai.

GSC Aurum menjanjikan pengalaman mewah sambil menonton filem kegemaran.

Dikenali sebagai Aurum Theatre, ia menjadi penanda aras kepada pawagam eksklusif di Malaysia.

Apabila kami katakan ia bukan pawagam biasa, maknanya anda memang kena cuba sendiri... Apa yang istimewa?

Aurum Theatre punya kelas tersendiri apabila menyediakan servis pembantu, pilihan makanan ala fine dining daripada Jin Gastrobar, kafe minuman dan paling utama semestinya tempat duduk yang sangat selesa.

Pilihan makanan 'fine dining' disediakan di Jin Gastrobar.

Sebut tentang tempat duduk, ia direka khas secara eksklusif oleh jenama perabot gaya hidup mewah iaitu Getha. Siap boleh baring!

Bukan itu sahaja, setiap tempat duduk didatangkan khas dengan bantal dan selimut daripada jenama sama selain dilengkapi kemudahan pengecas tanpa wayar serta meja sisi dengan lampu peribadi.

Paling penting anda tak perlu risau soal hygiene kerana sarung bantal dan tempat duduk serta selimut akan ditukar setiap kali habis tayangan bagi menjamin keselesaan penonton.

Oh ya, ruang khas untuk menyimpan barangan peribadi pun ada!

Antara kemudahan yang disediakan di setiap pawagam Aurum Theatre.

Bercerita tentang makanan pula, Jin Gastrobar menawarkan pelbagai masakan yang menyelerakan bermula daripada hidangan pembuka selera hinggalah menu utama.

Anda kena tahu, hidangan di sini bukan makanan segera atau sedia ada dan hanya dipanaskan, sebaliknya ia akan dimasak mengikut pesanan menggunakan bahan-bahan terbaik oleh chef berpengalaman.

Menariknya jika tidak sempat membuat pesanan makanan sebelum masuk ke panggung, pesan sahaja dari tempat duduk dan pembantu akan hantar terus kepada anda.

Antara menu makanan mewah yang sedia untuk dipilih penonton.

Jadi anda tak akan terlepas walaupun satu minit pun filem yang ditonton!

Jika begini layanannya, pasti pasangan anda akan tersenyum lebar bukan?

Mungkin kejutan menonton wayang di Aurum Theatre bakal menjadi pengalaman paling bermakna untuk anda berdua.

Aurum Theatre bakal memberi pengalaman luar biasa buat penonton.

Sebelum terlupa, tiket menonton wayang di Aurum Theatre adalah pada harga RM120 dan RM150 bagi satu tempat duduk termasuk dengan makanan dan minuman terpilih. Berbaloi bukan?

Rasanya tak salah jika sesekali berbelanja mewah untuk yang tersayang, anda pasti puas hati!

Buat masa ini pawagam mewah GSC hanya terdapat di dua lokasi iaitu di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dan juga The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain